Dikuasakan oleh Blogger.

OYO buka satu hotel setiap hari di AS

By 10:04 PTG , ,

OYO Townhouse Dalas merupakan hotel pertama syarikat berkenaan di AS.

Syarikat berkenaan cipta kejayaan penting dalam masa yang singkat kerana berjaya memiliki lebih 100 buah hotel di lebih 60 buah bandar.


OYO Hotels and Homes komited membelanjakan USD300 juta (RM1.3 bilion) sebagai pelaburan awal di Amerika Syarikat (AS) bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam industri hospitaliti.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Ritesh Agarwal berkata, susulan itu syarikat berkenaan berjaya membuka sekurang-sekurangnya sebuah atau lebih hotel dalam sehari, sekali gus mencipta 4,000 peluang pekerjaan.

"AS adalah pasaran baharu kami yang mempunyai potensi sangat besar.

"Kami merasa teruja dengan pengingkatan pasaran dan  kejayaan awal di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, OYO akan terus memacu peningkatan tersebut di seluruh AS dalam masa sama masih mengutamakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan mereka.

OYO yang memasuki pasaran AS pada Jun lalu kini memiliki lebih 100 buah hotel dalam masa sebulan di 61 bandar utama termasuk Dallas, Houston, Los Angeles, Seatle dan Miami dan Atlanta.

Sementara itu, di Malaysia syarikat berkenaan berjaya meluaskan empayar niaganya di 40 buah bandar, sekali gus menambah 10,000 bilik bagi memenuhi permintaan.

Di samping, OYO turut menambah jumlah tetamunya sebanyak tiga kali ganda iaitu 755,500 pada setengah tahun ini berbanding 261,306 dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Difahamkan, permintaan memberangsangkan diterima OYO di Malaysia didorong oleh syarikat tempatan yang berterusan menawarkan nilai tambah kepada industri hospitaliti di negara ini.

OYO Hotel and Homes yang memulakan perniagaan pada 2013 merupakan rangkaian hotel, rumah, tempat tinggal dan ruang kerja ketiga terbesar di dunia.

Syarikat berkenaan mengendalikan portfolio hartaniah merangkumi lebih 23,000 hotel dan 125,000 inap percutian di 80 negara seluruh dunia termasuk Malaysia, India, AS Eropah, United Kingdom, Timur Tengah, Indonesia, Filipina dan Jepun.

You Might Also Like

0 comments