Dikuasakan oleh Blogger.

Orang Vietnam

By 12:38 PG , ,

Berbadan kecil dan berkulit putih adalah karakter utama yang ada pada setiap orang Vietnam.

Bukan tempat sahaja yang menarik, malah orang Vietnam juga menarik. Mereka semua peramah dan tak lokek dengan senyuman.Tak cukup dengan itu, mereka juga sedia membantu sekiranya pertolongan diperlukan. 


Berada di Ho Chin Minh City selama beberapa hari sempat memerhati gelagat dan gaya hidup penduduknya. Majoritinya sederhana, tak kira sama ada dari segi pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Hidup mereka tak keterlaluan walaupun tinggal di ibu kota yang sedang pesat membangun.



Sebagai sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong, penduduk di Vietnam majoritinya menjalankan aktiviti pernigaan. Ada yang menjual makanan dan ada juga yang menjual pakaian. Hampir keseluruhan tempat yang dikunjungi penuh dengan aktiviti perniagaan. Skalanya juga berbeza-beza. Ada yang besar dan ada juga yang kecil.


Menurut salah seorang penduduknya, di Vietnam pekerjaan bukan satu masalah. Cumanya pendapatan mereka tak sebesar yang dijangka. Namun, mereka gembira dengan apa yang ada. Malah, mereka juga senang bekerja di tempat sendiri berbanding berhijrah ke negara orang.


Penduduk Vietnam aktif melakukan aktiviti reakreasi. Taman-taman mereka sentiasa dipenuhi dengan orang. Bermacam-macam aktiviti dilakukan. Senang cerita, mereka tak duduk diam memabazirkan masa begitu sahaja. Antara aktiviti yang dilihat sering dilakukan ialah bermain sepak yem ataupun sepak bulu ayam.


Rakyat Vietnam hidup berdisipilin dan patriotik hasil daripada didikan komunis. Mereka menjaga negara mereka dengan baik walaupun tak semoden Malaysia. Bukan memuji tapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada pemerhatian selama beberapa hari tinggal di negara tersebut.


INFO TAMBAHAN

Vietnam adalah satu daripada 5 negara komunis yang masih lagi memakai dan menjalankan sistem sosialis di dunia.

Walaupun diperintah oleh kerajaan komunis, namun sistem ekonomi negara ini cenderung ke arah kapitalis.

Kadar pendapatan minimum rakyat Vietnam ialah sekitar VND 3,283,653.493 (RM 500) sebulan.


You Might Also Like

0 comments