Dikuasakan oleh Blogger.

Aplikasi Mesra Pengembara

By 5:57 PTG , ,


Dengan satu aplikasi sahaja, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis perkhidmatan yang memudahkan urusan ketika berada di negara orang.

Lepas ini, tak perlu lagi memuat turun banyak aplikasi yang berkaitan dengan pengembaraan di dalam telefon bimbit anda. Sebaliknya, muat turun satu sahaja iaitu WorldMate untuk mendapatkan pelbagai kemudahan yang ditawarkan.


WorldMate adalah aplikasi pengembaraan yang semakin mendapat tempat lewat kebelakangan ini. Ia menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang diperlukan sewaktu mengembara ke negara orang ataupun berada di tempat sendiri. Antaranya ialah;


Pengurusan Itinerari
WorldMate membantu mengurus, merancang dan menyusun pengembaraan anda menerusi informasi yang diberikan. Mudah dan menyenangkan kerana anda tak perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan.


Status Penerbangan
Fungsi ini menyediakan status penerbangan yang berkaitan dengan daftar masuk, kedudukan pesawat, peringatan penerbangan dan informasi mengenai pesawat yang bakal dinaiki. Malah, anda juga boleh menempah tiket melalui fungsi ini.


Pemetaan dan Navigasi
Menerusi fungsi ini, pengembara macam anda mudah mendapatkan kedudukan lokasi hotel, restoran dan produk pelancongan. Di samping itu, ia juga membantu anda mendapatkan informasi mengenai sesuatu tempat.


Tempahan Hotel dan Kereta Sewa
Dengan WorldMate, and juga berpeluang membuat tempahan hotel dan kereta sewa secara terus berdasarkan bajet yang dimiliki. Dianggarkan, lebih daripada 100,000 hotel bekerjasama dengan aplikasi mesra pengembara ini.


Alat Pengembaraan Lain
Penukar Mata Wang
Ramalan Cuaca
Jam Global
Widget

WorldMate bukan sahaja mempunyai fungsi yang menakjubkan. Malah, reka bentuknya juga mengujakan. Paparannya cantik, ringkas dan jelas. Ia menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakannya. WorldMate boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play, Apple Store dan Window Phone Store. 

You Might Also Like

0 comments