Dikuasakan oleh Blogger.

Kolam Hijau Krabi

By 11:23 PG















Boleh disifatkan sebagai destinasi mesti kunjung kerana Emerald Pool menyajikan pandangan yang mengujakan mata.

Emerald Pool terletak di dalam hutan simpan Khao Phra Bang di dalam wilayah Amphoe Khlong Thom. Ia merupakan satu daripada kecantikan alam semula jadi milik Krabi, Thailand yang menjadi perhatian pelancong dari serata pelusuk dunia. 



Fizikal Emerald Pool memang unik. Ia mempunyai air berwarna hijau yang menyegarkan. Mata pasti teruja menyaksikan keindahannya yang terletak di celah-celah pepohon rendang. Namun, anda perlu berjalan kaki sejauh 800 meter dari pintu masuk Khao Phra Bang sebelum berpeluang menikmati keindahan kolam berwarna hijau zamrud itu. 



Kenapa perlu berjalan kaki? Kenapa tak boleh menaiki kenderaan? Semuanya disebabkan oleh kepentingan yang ada di dalam Khao Phra Bang. Kerajaan melaksanakan undang-undang tersebut agar hutan simpanan yang berada di Krabi ini bebas daripada segala macam jenis pencemaran yang mampu merosakkan habitat flora dan faunanya, sekali gus menjaga keaslian warna Emerald Pool. 



Bagaimana nak mengunjungi Emerald Pool? Mudah sahaja... Anda perlu mengikuti atau mendapatkan perkhidmatan daripada mana-mana agensi pelancongan yang terdapat banyak di Krabi. Biasanya, perkhidmatan disediakan dalam bentuk pakej yang melibatkan bayaran sebanyak BAHT 1600 (RM 160). 



Namun, pakej yang disediakan tak hanya tertumpu pada lawatan ke Emerald Pool sahaja. Ia turut melibatkan sekali lawatan ke beberapa tempat menarik yang tak kurang hebatnya dan set makan tengah hari yang dijamin halal. 



Kalau ke Emerald Pool, jangan lupa bawa sekali pakaian mandi. Rugi rasanya kalau tak turun ke kolam tersebut untuk menikmati airnya. Tak tahu berenang tak apa. Cukuplah sekadar merendamkan badan sahaja kerana ia pasti membuatkan anda merasa senang. jangan risau... Kolam ini tak dalam, cuma paras dada orang dewasa sahaja. 




EKSTRA

Terdapat 2 buah Emerald Pool di dalam Khao Phra Bang. Satu daripadanya terletak 1400 meter dari pintu masuk hutan simpan tersebut. 


You Might Also Like

0 comments