Dikuasakan oleh Blogger.

West End Pekan Unik Brisbane

By 2:07 PTG


Gabungan bangunan moden dan rumah papan yang terdapat di West End mengujakan sesiapa sahaja yang baru pertama kali berkunjung ke sana. 

West End merupakan bahagian luar bandar yang terletak di Brisbane. Ia merupakan sebuah pekan yang menggabungkan binaan vintage dan moden. Kawasan ini terkenal dengan suasananya yang permai. Tak banyak kenderaan dan orang yang lalu lalang di sini. Dianggarkan, hanya 8 ribu orang sahaja penduduk yang tinggal di pekan ini. 



Selain binaan vintage dan moden, West juga terkenal sebagai pekan pelbagai bangsa. Ia didiami oleh bangsa orang asal Australia, Greek, Itali, China, Vietnam, India dan Kiwi. Justeru, pelbagai bahasa dituturkan di sini.



Namun, West lebih sinonim dengan gelaran pekan student kerana terdapat ramai pelajar universitui yang menetap di sini. Ia berpunca daripada jarak yang dekat dengan kampus University of Queensland, Griffith University Southbank dan Queensland University of Technology.


EKSTRA

Kewujudan pelajar yang ramai di West End menyebabkan pekan tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe berkonsep.

West End diiktiraf sebagai satu daripada tempat perkumpulan golongan muda Brisbane yang cenderung ke arah trend chic dan hipster. 

You Might Also Like

0 comments