Dikuasakan oleh Blogger.

Etihad Airway Kenalkan Pilihan Tambang Baru

By 9:00 PG , ,


Atas dasar percaya pada kelainan gaya individu melancong, Etihad Airways memperkenalkan satu pilihan tambang baru yang fleksibel dan memudahkan penggunanya.

Ketua Pegawai Komersial Etihad Airways, Peter Baumgarter berkata, tambang baru yang diperkenalkan berkaitan dengan pilihan pengguna kerana tidak semua orang mempunyai kehendak penerbangan yang sama.

“Setengah orang suka melancong secara ringkas berdasarkan bajet yangmereka ada, manakala yang lainnya pula melancong pada saat-saat akhir dengan membawa bagasi yang banyak,” katanya.

Pilihan tambang yang ditawarkan membenarkan pengguna memilih harga tambang berdasarkan kehendak pelancongan mereka.

Terdapat lapan jenis pilihan tambang yang ditawarkan oleh Etihad Airways dan kesemuanya berbeza mengikut kehendak pelancongan pengguna sama ada dalam kelas ekonomi mahupun business.

“Tambang jenis ini meliputi elaun bagasi, perbatuan, keutamaan daftar masuk dan peningkatan perkhidmatan.  

“Jika pengguna mahukan lebih fleksibel, lebih bagasi dan memberikan keutamaan pada daftar masuk, mereka boleh memilih tambang Economy Freedom Fare Choices,” katanya.

Tambah Peter, pilihan tambang boleh dibuat bermula pada 14 September 2015 sama ada dengan membuat tempahan menerusi agensi pelancongan, Etihad Airways Contact Centre ataupun etihad.com.

You Might Also Like

0 comments