Dikuasakan oleh Blogger.

Dragonair Terbang Ke Hiroshima

By 11:41 PTG , , ,


Mereka yang gemar menggunakan perkhidmatan Dragonair kini boleh menikmati perkhidmatan penerbangan tambang murah berkenaan secara terus dari Hiroshima ke Jepun.

Penerbangan pertamanya telah pun dilancarkan dengan menggunakan pesawat KA 351 pada 16 Ogos lalu dan mendarat di Lapangan Terbang Hiroshima.

Pengurus Besar Dragonair Jepun, Calarence Tai berkata, Hiroshima adalah destinasi keempat Dragonair selepas Tokyo, Fukuoka dan Okinawa.

“Dengan perkhidmatan dua kali seminggu, Dragonair dan syarikat induknya iaitu Cathay Pacific mempunyai operasi penerbangan berjumlah 152 seminggu antara Hong Kong dengan Jepun yang merangkumi lapan destinasi kesemuanya,” katanya. 

You Might Also Like

0 comments