Dikuasakan oleh Blogger.

5 Hotel Kiub Unik

By 11:33 PG ,

 

Dalam bandar, tengah hutan, tepi laut, atas gunung atau di mana-mana sahaja lokasinya, hotel kiub tetap menjadi pilihan pelancong yang inginkan kelainan. Ia dilihat semakin menjadi trend dewasa ini sehingga popularitinya ikut menular di negara kita. Ramai memilih untuk menginap di hotel berkonsep kiub ini kerana ia unik, ringkas dan memberi makna...

Scubepark, Berlin
Scube merupakan inapan siapan kayu yang berada di Jerman. Ia bersaiz 3x3 meter yang ditempatkan di sebuah taman. Inapan berbentuk kiub ini sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dan pengalaman yang unik ketika bercuti. Walaupun saiznya sama, namun jumlah katil yang terdapat di Scubepark ini berbeza. Ia mengikut jenis yang disewa seperti untuk pasangan, keluarga ataupun kumpulan.


Capsule By Container Hotel, Kuala Lumpur
Capsule By Container adalah satu daripada contoh kiub hotel yang ada di negara kita. Ia dibina pada tahun 2014 dengan tujuan memberi ruang inapan pada pengembara untuk menginap sekurang-kurangnya semalam sebelum mereka mendapatkan kapal terbang ke penerbangan seterusnya. Hotel yang berada di KLIA 2 ini sememangnya praktikal untuk mereka yang mahukan inapan ringkas tetapi penuh dengan gaya.


Hotel Endemico, Esenada
Hotel Endemico berada di Valle De Guadalupe, sebuah lembah di Esenada, Mexico. Hotel ini menawarkan inapan mewah dan pengalaman bersama penduduk kampung di lembah tersebut. Dianggarkan, sebanyak 20 buah kabin berbentuk kiub telah dibina di sini. Setiap satunya lengkap dengan patio yang membenarkan tetamunya menikmati pemandangan menarik lembah Valle De Guadalupe.  



Casa De La Flora, Khao Lak
Berkonsepkan kiub juga tetapi Casa De La Flora ini ditata berbeza. Ia adalah inapan yang menawarkan percutian mewah dan romantis di tepi pantai. Hotel kiub ini berada di Khao Lok, Thailand. Kedudukannya tidak jauh daripada Phuket. Hanya lebih kurang 60 kilometer sahaja jaraknya. Difahamkan, Casa De La Flora adalah antara hotel berkonsepkan kiub terbaik dunia. Ia pernah meraih banyak anugerah sebelum ini.


The Mirrocube, Harads
The Mirrorcube adalah satu daripada produk Treehotel yang terletak di Sweden. Ia merupakan hotel kiub yang unik kerana tampil dengan imej penyamaran dinding aluminium. Di samping itu, keunikan The Mirrorcube juga terletak pada kedudukannya yang tergantung di atas pokok di dalam Harads yang menampilkan pemandangan luar biasa alam sekitarnya.

You Might Also Like

0 comments