Dikuasakan oleh Blogger.

The Kahaani - Inapan Berprofil Tinggi

By 12:32 PTG , ,


Kecenderungan menawarkan gaya hidup yang elegan adalah antara sebab utama kenapa The Kahaani diiktiraf sebagai salah sebuah inapan terbaik di negara kita.

The Kahaani bukan lagi asing di kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan sebuah inapan mewah yang terletak di Melaka. Inapan ini sering dikaitkan dengan simbol kemewahan dan gaya hidup yang elegan. Semuanya tidak lain lagi disebabkan oleh kesempurnaan perkhidmatan yang ditawarkan, menjamin kepuasan dan mencetus rasa mewah yang diimpikan.


The Kahaani yang berada di Ayer Keroh pada asalnya adalah kediaman rasmi gabenor Bandar Raya Bersejarah. Inapan yang mempunyai enam buah bilik ini tampil dengan dekorasi mewah yang mengujakan pandangan. Di samping itu, The Kahaani turut menyediakan sekali perkhidmatan butler peribadi untuk setiap tetamunya agar inapan mereka di sini sentiasa terurus dengan baik.


Berkonsepkan Villa mewah dalam bentuk rumah agam, The Kahaani turut menyediakan sekali sambungan Wi-Fi secara percuma kepada tetamunya. Mereka boleh melayari Internet semahu-mahunya sama ada untuk keperluan kerja ataupun peribadi. Letih menghadap Internet, pelbagai pilihan rancangan saluran Astro pula menanti untuk ditonton melalui TV skrin rata yang sedia ada di dalam bilik masing-masing.  


Menikmati hidangan di The Kahaani adalah satu kemestian kerana inapan ini juga mempunyai autentik hidangan yang tersendiri. Tetamu berpeluang menikmati sarapan pagi pada setiap hari, minuman petang teh tradisional Inggeris dan pelbagai pencuci mulut tradisional Nyonya di The Nyonya Room. Di samping itu, mereka juga boleh menempah apa jua jenis sajian yang diinginkan melalui Butler peribadi.


Kolam renang pantai, kolam renang kanak-kanak, jakuzi dan taman adalah perkhidmatan lain yang turut disediakan di The Kahaani. Jika mahukan lebih daripada itu, tetamu boleh mengunjungi bandar Melaka yang berada tidak jauh daripada inapan tersebut. Hanya 20 minit diperlukan untuk menjejaki keunikan dan kekayaan warisan sejarah yang dimiliki oleh Melaka.

You Might Also Like

0 comments