Sekolah Maut S-21
Tuol Sleng adalah satu daripada beribu bukti kekejaman rejim Khmer Rouge
yang masih boleh disaksikan dengan jelas sehingga ke hari ini.
Tuol Sleng ataupun sinonim dengan panggilan S-21
(Security Prison 21) merupakan penjara yang terdapat di Phnom Penh, Cambodia. Ia
diwujudkan sewaktu pemerintahan rejim komunis Khmer Rouge dari tahun 1975
hingga 1979. Fungsinya adalah untuk menahan dan menyeksa mana-mana rakyat Cambodia
yang dirasakan cuba mengkhianati pemerintahan Pol Pot itu.
Tuol Sleng pada asalnya adalah sekolah menengah Chao
Ponhea Yat sewaktu era pemerintahan Raja Norodom Sihanouk. Ia kemudiannya ditukarkan
menjadi penjara selepas Pol Pot dan pengikutnya berjaya mengambil alih Cambodia
secara keseluruhan.
Dianggarkan, lebih daripada 20,000 rakyat Cambodia pernah
ditempatkan di sini dan menjalani hukuman ngeri yang dianggap sebagai sesi soal
siasat sebelum mereka dibawa ke Killing Fields untuk dibunuh secara
beramai-ramai.
Tuol Sleng kini diwartakan sebagai salah satu Muzium penting
yang menjadi bukti kekejaman Pol Pot dan rejimnya. Banyak bukti kekejaman yang
boleh disaksikan ditinggalkan dan dipamerkan di bekas sekolah yang memiliki
lima buah bangunan ini.
Sedih... Ramai yang menitiskan air mata sebaik sahaja
mengunjungi satu demi satu bangunan yang terdapat di Tuol Sleng ini. Rata-ratanya
bersimpati dengan apa yang pernah menimpa nasib rakyat Cambodia sekitar 39
tahun yang lalu.
Info Tambahan:
Tuol Sleng yang berada di tengah-tengah bandar Phnom Penh
lebih mudah dikunjuk dengan menaiki Tuk Tuk.
Sebanyak USD 2 (RM 6) dikenakan ke atas tiket untuk
memasuki penjara yang dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang
ini.
Mereka yang lemah semangat tidak digalakkan mengunjungi
muzium yang bersuasana ngeri ini.
Orang ramai digalakkan melawat Killing Fields selepas
melawat Tuol Sleng bagi mendapatkan cerita lengkap mengenai kekejaman rejim
Khmer Rouge.
Bangunan pertama di Tuol Sleng lebih mengerikan kerana ia merupakan bilik seksaan utama yang terdapat di penjara tersebut.
Peralatan buat sendiri ini semuanya digunakan untuk menyeksa tahanan. |
Bilik darjah diubahsuai dan dijadikan penjara kecil untuk menempatkan tahanan. |
0 comments