Orang Vietnam
Berbadan kecil dan
berkulit putih adalah karakter utama yang ada pada setiap orang Vietnam.
Bukan
tempat sahaja yang menarik, malah orang Vietnam juga menarik. Mereka semua
peramah dan tak lokek dengan senyuman.Tak cukup dengan itu, mereka juga sedia membantu sekiranya pertolongan diperlukan.
Berada
di Ho Chin Minh City selama beberapa hari sempat memerhati gelagat dan gaya
hidup penduduknya. Majoritinya sederhana, tak kira sama ada dari segi pakaian,
makanan ataupun tempat tinggal. Hidup mereka tak keterlaluan walaupun tinggal
di ibu kota yang sedang pesat membangun.

Sebagai
sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong, penduduk di Vietnam majoritinya
menjalankan aktiviti pernigaan. Ada yang menjual makanan dan ada juga yang menjual
pakaian. Hampir keseluruhan tempat yang dikunjungi penuh dengan aktiviti perniagaan.
Skalanya juga berbeza-beza. Ada yang besar dan ada juga yang kecil.
Menurut
salah seorang penduduknya, di Vietnam pekerjaan bukan satu masalah. Cumanya
pendapatan mereka tak sebesar yang dijangka. Namun, mereka gembira dengan apa
yang ada. Malah, mereka juga senang bekerja di tempat sendiri berbanding
berhijrah ke negara orang.
Penduduk
Vietnam aktif melakukan aktiviti reakreasi. Taman-taman mereka sentiasa dipenuhi
dengan orang. Bermacam-macam aktiviti dilakukan. Senang cerita, mereka tak
duduk diam memabazirkan masa begitu sahaja. Antara aktiviti yang dilihat sering
dilakukan ialah bermain sepak yem ataupun sepak bulu ayam.
Rakyat
Vietnam hidup berdisipilin dan patriotik hasil daripada didikan komunis. Mereka
menjaga negara mereka dengan baik walaupun tak semoden Malaysia. Bukan memuji tapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada pemerhatian
selama beberapa hari tinggal di negara tersebut.
INFO TAMBAHAN
Vietnam
adalah satu daripada 5 negara komunis yang masih lagi memakai dan menjalankan sistem
sosialis di dunia.
Walaupun
diperintah oleh kerajaan komunis, namun sistem ekonomi negara ini cenderung ke
arah kapitalis.
Kadar
pendapatan minimum rakyat Vietnam ialah sekitar VND 3,283,653.493 (RM 500) sebulan.
0 comments