Airport tax, macam mana nak bayar?
FOTO: SKITTERPHOTO
Airport tax ialah antara perkara perlu ambil tahu selain pasport, tiket pesawat dan visa ketika seseorang itu mahu melancong.
Ramai yang menggelabah apabila dapat tahu negara yang dilawati mengenakan airport tax atau cukai lapangan terbang, lebih-lebih lagi ketika sedang beratur di kaunter pelepasan.
Keadaan bertambah sulit apabila duit yang tinggal di dalam poket hanya cukup untuk makan atau tambang teksi balik rumah.
Situasi begini biasanya berlaku kepada mereka yang baru pertama kali melancong ke luar negara menggunakan jalan udara atau dengan kata lainnya naik pesawat.
Airport tax adalah antara perkara penting yang perlu ambil tahu selain pasport, tiket penerbangan dan visa ketika melawat sesebuah negara.
Kegagalan membayarnya menyebabkan seseorang itu ditahan di lapangan terbangan sehingga kadar yang ditetapkan dilangsaikan.
FOTO: ROMAN CAREY
Apa itu airport tax?
Cukai lapangan terbang merupakan caj yang dikenakan oleh sesebuah negara apabila seseorang mahu keluar dari situ.
Selain cukai lapangan terbang, ia juga dikenali dengan nama depature tax (cukai pelepasan) dan beberapa nama lain mengikut negara yang mengenakannya.
Di Jepun misalnya, mereka menggunakan nama Sayonara Levi bermula tahun 2019 manakala Australia pula menggunakan Passanger Movement Charge (PMC) sejak 1995 sementara di United Kingdom (UK) pula Air Passenger Duty (APD) digunakan sebagai nama untuk cukai berkenaan.
Di Malaysia pula airport tax telah dinamakan semula dan diperkenalkan sebagai Passenger Services Charges (PSC)."
Airport tax dibayar secara tunai di kaunter pelepasan dengan menggunakan mata wang yang digunakan oleh negara dilawati.
Namun, terdapat juga beberapa negara yang sedia menyerap cukai berkenaan ke dalam tiket pesawat dibeli.
Tujuan airport tax tidak lain lagi adalah untuk membiayai dan menyediakan perkhidmatan serta kemudahan di lapangan terbang untuk keselesaan pengguna.
FOTO: BRETT SAYLES
Siapa perlu bayar, berapa jumlahnya?Di sesetengah negara, airport tax hanya dikenakan kepada pelawat contohnya seperti Mexico dan Mesir.
Namun, kebanyakan negara mengenakan cukai tersebut kepada sesiapa sahaja, tidak kira sama ada rakyat ataupun pelawat.
Antara negara yang melaksanakan peraturan tersebut ialah Malaysia, Australia, Jepun dan Indonesia.
Bagaimanapun, ada juga negara yang mengenakan airport tax kepada rakyatnya sahaja contohnya macam Iran, Filipina dan Turki.
Jumlah cukai berkenaan yang ditetapkan berbeza-beza mengikut negara. Ada yang mahal dan ada juga yang murah.
Di UK, airport tax dikenakan disifatkan sebagai paling mahal di dunia dengan jumlah mencecah sehingga UK Pound 149 (RM766)
Malaysia pula dikelaskan dalam kategori negara yang mengenakan airport tax dengan kadar rendah.
Biasanya, airport tax dikenakan tertakluk mengikut kelas penerbangan yang dinaiki contohnya tambang murah, kelas ekonomi dan perniagaan; jarak perjalanan iaitu jauh atau dekat serta jenis iaitu domestik atau antarabangsa.
FOTO: NEGATIVE SPACE
Berikut adalah jumlah airport tax yang dikenakan melibatkan negara ASEAN dan negara yang sering dilawati oleh rakyat Malaysia.Negara ASEAN
THAILAND
Jumlah: TB700 (RM95)
Bayaran: Serap dalam tiket penerbangan
INDONESIA
Jumlah: IDR200,000 (RM59)
Bayaran: Tunai kecuali Garuda, Citilink (dalam tiket penerbangan)
CAMBODIA
Jumlah: US$25 (RM104)
Bayaran: Serap dalam tiket penerbangan
BRUNEI
Jumlah: BN$5 (RM15) - jika destinasi Malaysia, Indonesia dan Filipina /BN$12 (RM36) selain tiga destinasi disebutkan tadi
Bayaran: Tunai
VIETNAM
Kadar: US$2 (RM8) - domestik /US$25 (RM50) - antarabangsa)
Bayaran: Serap dalam tiket penerbangan
FILIPINA
Kadar: PHP1,620 (RM130)
Bayaran: Tunai
MYANMAR
Kadar: US$10 (RM41)
Bayaran: Tunai
SINGAPURA
Kadar: S$42 (RM126)
Bayaran: Tunai
MALAYSIA
Kadar: RM11 (domestik), RM35 dan RM73 (antarabangsa)
Bayaran: Serap dalam tiket
Nama cukai: Passanger Service Charges (PSC)
Negara selain ASEAN
TIMOR LASTE
Kadar: US$10 (RM41)
Bayaran: Tunai
HONG KONG
Kadar: HK$120 (RM63)
Bayaran: Tunai
CHINA
Kadar: CNY120 (RM30)
Bayaran: Tunai
Nama cukai: Airport Construction Fee
TAIWAN
Kadar: NT$500 (RM66)
Bayaran: Tunai
JEPUN
Kadar: JPY1000 (RM39)
Bayaran: Tunai
KOREA SELATAN
Kadar: KRW17,000 (RM58)
Bayaran: Tunai
AUSTRALIA
Kadar: AUD60 (RM169)
Bayaran: Tunai
Nama cukai: Passanger Movement Charge (PMC)
NEW ZEALAND
Kadar: Tertakluk kepada domestik sahaja dan berbeza mengikut tempat
Bayaran: Serap dalam tiket penerbangan
UNITED KINGDOM
Kadar: Mengikut kelas penerbangan dari GBP13 (RM66) sehingga GBP194 (RM984)
Bayaran: Tunai
Nama lain: Air Passenger Duty (APD)
Bayaran: Tunai
JEPUN
Kadar: JPY1000 (RM39)
Bayaran: Tunai
KOREA SELATAN
Kadar: KRW17,000 (RM58)
Bayaran: Tunai
AUSTRALIA
Kadar: AUD60 (RM169)
Bayaran: Tunai
Nama cukai: Passanger Movement Charge (PMC)
NEW ZEALAND
Kadar: Tertakluk kepada domestik sahaja dan berbeza mengikut tempat
Bayaran: Serap dalam tiket penerbangan
UNITED KINGDOM
Kadar: Mengikut kelas penerbangan dari GBP13 (RM66) sehingga GBP194 (RM984)
Bayaran: Tunai
Nama lain: Air Passenger Duty (APD)
0 comments