Dikuasakan oleh Blogger.

Pasar orang Sabah, Sarawak

By 1:31 PG , ,

Orang ramai sedang membeli-belah di Pasar Borneo yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.

TEKS & FOTO: MOHD HAZRIZAL HANAFIAH @ DRAGANDLOCK.BLOGSPOT.COM


Pasar Borneo Seri Kembangan boleh disifatkan sebagai salah satu produk pelancongan unik yang terdapat di Selangor kerana menawarkan hasil bumi dari Sabah dan Sarawak.

Jika anda berasal dari negeri Di Bawah Bayu atau Bumi Kenyalang dan menetap di Lembah Klang yang rindukan makanan Borneo, Pasar Borneo berkenaan adalah lokasi wajib  dikunjungi pada hujung minggu.

Seorang peniaga sedang membungkus sayur-sayuran yang dijual di gerainya di Pasar Borneo.

Namun, bagi orang semenanjung yang mahu mencuba kelainan produk hasil bumi Borneo, kedatangan mereka ke pasar yang terletak di Seri Kembangan itu juga amatlah dialu-alukan.

Salah sebuah gerainyang terdapat di Pasar Borneo dan menjual pelbagai produk dari Sabah mahupun Sarawak.

Pasar Borneo adalah idea daripada beberapa individu asal Sabah dan Sarawak yang sudah lama menetap di Semenanjung. Dek kerana rindu dan cintakan produk makanan negeri kelahiran masing-masing mereka langsung membukanya di negeri ini.

Laksa Sarawak turut dijual di Pasar Borneo.

Terletak di Jalan Jinma 7, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Pasar Borneo mula dibuka pada 9 April 2016 dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Kelupis.
Pelbagai jenis makanan termasuk buah-buah, sayur-sayuran dan produk lain yang dibawa khas dari Borneo boleh diperoleh di pasar itu antaranya ialah buah dabai, bambangan, durian isu, durian dalit atau isi merah, tarap, paku pakis, sayur midin, umbut kelapa sawit dan ulat sagu atau mulong.

Kopi Sarawak dan Sabah.
Tidak terkecuali makanan yang boleh dibawa pulang atau dinikmati terus dari sana seperti laksa Sarawak, mee kolok, cucur tarap, kelupis, kopi Tenom, kopi Sarawak, jeruk tuhau dan kek lapis Sarawak.

Lada hitam dan lada putih dari Sarawak juga ada dijual di pasar berkenaan.

Bagaimanapun, harga barangan yang ditawarkan terumanya buah-buah sedikit mahal berbanding membelinya sendiri di Borneo. Maklum sahajalah, kesemuanya dibawa terus dari sana dengan kontena. Sudah pasti kos pengangkutannya tinggi.

Buah tarap.
Bagi yang ingin berkunjung ke tempat ini anda boleh gunakan aplikasi Waze dengan menaip Pasar  Borneo Seri Kembangan.

Buah dabai.
Pasar ini beroperasi pada setiap hari sabtu bermula dari jam 7 pagi hingga 11 pagi. Pastikan anda bertolak awal untuk ke sana kerana waktu operasinya singkat dan tidak sampai satu hari.

Tuhau.

You Might Also Like

0 comments