Etihad Airway Kenalkan Pilihan Tambang Baru
Atas dasar percaya
pada kelainan gaya individu melancong, Etihad Airways memperkenalkan satu pilihan
tambang baru yang fleksibel dan memudahkan penggunanya.
Ketua Pegawai
Komersial Etihad Airways, Peter Baumgarter berkata, tambang baru yang
diperkenalkan berkaitan dengan pilihan pengguna kerana tidak semua orang
mempunyai kehendak penerbangan yang sama.
“Setengah orang
suka melancong secara ringkas berdasarkan bajet yangmereka ada, manakala yang
lainnya pula melancong pada saat-saat akhir dengan membawa bagasi yang banyak,”
katanya.
Pilihan tambang
yang ditawarkan membenarkan pengguna memilih harga tambang berdasarkan kehendak
pelancongan mereka.
Terdapat lapan
jenis pilihan tambang yang ditawarkan oleh Etihad Airways dan kesemuanya
berbeza mengikut kehendak pelancongan pengguna sama ada dalam kelas ekonomi mahupun
business.
“Tambang jenis ini
meliputi elaun bagasi, perbatuan, keutamaan daftar masuk dan peningkatan
perkhidmatan.
“Jika pengguna
mahukan lebih fleksibel, lebih bagasi dan memberikan keutamaan pada daftar masuk,
mereka boleh memilih tambang Economy Freedom Fare Choices,” katanya.
Tambah Peter, pilihan
tambang boleh dibuat bermula pada 14 September 2015 sama ada dengan membuat
tempahan menerusi agensi pelancongan, Etihad Airways Contact Centre ataupun
etihad.com.
0 comments