Melalui jambatan kanopi di Taman Tasik Shah Alam mampu mencetus rasa teruja kepada sesiapa yang menggunakannya.
Bukan lagi tarikan baharu, namun jambatan kayu itu sentiasa menjadi perhatian kepada sesiapa yang berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam.
Hujung minggu tak tahu nak bawa anak-anak pergi ke mana? Jom, luangkan masa bersama mereka ke jambatan kanopi, satu lagi tarikan rekreasi seisi keluarga di Shah Alam.
Jambatan kanopi ini mempunyai panjang 147.6 meter dan tinggi 3 meter dari permukaan tanah.
Jambatan sepanjang 147.6 meter yang terletak di Taman Tasik Shah Alam itu dibina bagi menambah sensasi aktiviti riadah sedia ada, sekaligus menarik orang ramai untuk terus berkunjung ke tasik berkenaan.
Jambatan kanopi mula beroperasi pada 2018.
Biarpun telah berada di sana sejak 2018, namun jambatan berkenaan sentiasa menjadi perhatian ramai kerana keunikan dan fungsinya yang menawarkan pemandangan persekitaran tasik setinggi 3 meter dari permukaan tanah.
Jambatan kanopi mempunyai empat dek yang mana setiap satunya berfungsi sebagai tempat orang ramai melepaskan lelah seketika sambil menikmati pemandangan persekitaran tasik.
Salah satu dek yang terdapat di jambatan kanopi berkenaan.
Selain itu, kemudahan dibina dari kayu itu juga mempunyai tiga jambatan gantung yang memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman melaluinya dengan paras selamat.
Jambatan gantung sentiasa menjadi perhatian ibu bapa untuk membawa anak mereka merasai pengalaman menggunakannya.
Turut disediakan dua gelongsor plastik berbentuk tiub untuk kanak-kanak menuruni jambatan tersebut ke permukaan tanah tanpa menggunakan tangga. Malah, mereka juga boleh bermain di situ sementara menunggu ahli keluarga menghabiskan perjalanan melalui jambatan berkenaan.
Seorang kanak-kanak mencuba gelongsor plastik berbentuk tiub yang terdapat jambatan kanopi.
Di penghujung jambatan pula terdapat menara tinjau setinggi 6 meter dibina untuk orang ramai melihat dan menikmati keindahan pemandangan Tasik Shah Alam.
Orang ramai tidak melepaskan peluang menaiki menara tinjau yang berada di penghujung jambatan kanopi.
Menara itu terbahagi kepada dua tingkat yang mana setiap satunya menghadap ke tasik Shah Alam yang sentiasa sibuk dengan aktiviti kayak pada setiap petang, terutamanya Sabtu dan Ahad.
Tangga utama jambatan kanopi yang terletak di Taman Tasik Shah Alam.
Jambatan yang dibina oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkenaan hanya orang ramai yang menggunakannya menjaga dan memeliharanya dengan baik.
Jambatan kanopi dibina di antara pokok besar yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam.
Diharapkan orang ramai yang menggunakan jambatan kanopi dapat memanfaatkannya dengan baik supaya jambatan itu kekal berada di situ sampai bila-bila dengan kondisi yang sama sebagaimana ia baru dibina.
Papan tanda konkrit yang dibina berdekatan dengan tangga utama jambatan kanopi.
Papan tanda peraturan menggunakan jambatan kanopi yang dibina oleh MBSA.
Pengunjung mengabadikan memori menggunakan jambatan kanopi.
0 comments