2 Perkara Penting Sebelum Mengembara
Berbekalkan 2 perkara, LD berjaya mengembara ke tempat orang dan mengetahui sendiri baik dan buruknya tempat tersebut.
Macam mana nak mengembara dan apa yang perlu dibuat
sebelum mengembara merupakan soalan lazim yang sering LD terima daripada orang
ramai, terutamanya kawan-kawan. Majoritinya nak tahu bagaimana mereka boleh
melaksanakan impian percutian sebagaimana yang kerap LD lakukan.
Jawapan LD mudah… Tak banyak persediaan yang LD lakukan
untuk mengembara ke sesebuah negara. Hanya beberapa perkara sahaja yang
diperlukan. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri sama ada dia bersedia
ataupun tak.
LD sendiri pun tak pernah terfikir nak mengembara sesuka hati sebagaimana hari ini. Semuanya berpunca daripada keinginan untuk melihat negara orang dengan mata sendiri, sekali gus mengakui atau menafikan apa yang pernah didengari.
Terdapat 2 perkara penting yang mendorong LD menggerakkan
kaki untuk terbang ke Negara orang. Pertama keberanian dan keduanya pula ialah
keinginan. 2 sebab inilah yang membuatkan LD sering mengembara ke sana dan sini
pada setiap tahun. Cuma masa sahaja yang mengehadkan langkah LD daripada
berbuat demikian.
Keberanian
Sebenarnya, ia merupakan satu hal yang susah untuk
mengumpul keberanian. LD sendiri mengambil masa yang lama untuk meyakinkan diri
sendiri. Sebelum ini, LD sendiri tak berani nak menjejakkan kaki ke tempat orang.
Macam-macam perkara yang bermain di fikiran sehingga ada kalanya menakutkan.
Keinginan
Keinginan sebenarnya memainkan peranan yang penting. Tanpa
keinginan, tak mungkin ada rasa ataupun jiwa untuk mengembara. Disebabkan
keinginan juga, LD akan melakukan apa jua asalkan kaki ini dapat menjejakkan
kaki ke negara yang dihajati.
Jika anda berjaya menyuburkan 2 faktor ini di dalam diri,
tak perlulah lagi risau fasal duit, keselamatan ataupun tempat tinggal. Secara
automatiknya anda akan berfikir dan mendorong diri untuk menyelesaikannya dengan
menggunakan segala kemudahan moden yang ada pada hari ini.
0 comments