Dikuasakan oleh Blogger.

Pulau Tak Berpenghuni

By 1:58 PTG


Tak berpenghuni tetapi Bamboo Island sering dikunjungi  kerana ia mempunyai suasana yang menyenangkan.  

Bamboo Island adalah antara gugusan pulau yang terdapat di Krabi, Thailand. Ia termasuk di dalam satu daripada destinasi island hoping yang dijalankan di sana. Pulau yang berada dekat dengan Phi Phi Island ini bersaiz kecil tetapi fizikalnya menakjubkan. Ramai pelancong tertumpu ke sini kerana pasir pantainya yang putih dan air lautnya yang hijau.  


Mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit dengan bot laju dari pantai Ao Nang, Krabi, Bamboo Island menawarkan satu hentian yang menarik. Pelancong yang datang ke sini biasanya cenderung melakukan aktiviti  bermain air. Ada juga di antara mereka yang datang hanya untuk bersantai semata-mata kerana tertarik dengan teduhan pepohon rhu yang memenuhi daratannya. 


Sesiapa yang berminat melawatnya boleh memilih sama ada mahu menetap selama sejam sambil mengikuti aktiviti island hoping ataupun bermalam di sana seharian. Namun, tak ada kemudahan hotel ataupun chalet yang disediakan. Jika berminat, anda khemah semalaman di sana.  


INFO TAMBAHAN

Sebanyak BAHT 1500 (RM150)  caj dikenakan untuk mereka yang berminat berkhemah di Bamboo Island.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan ketika berkhemah ialah melihat matahari terbit dan terbenam serta BBQ.

BAHT 400 (RM 40) daripada caj akan digunakan sebagai yuran pemuliharan alam semula jadi pulau tersebut. 

Mereka yang mahu berkhemah di Bamboo Island mesti membawa peralatan khemah sendiri.

You Might Also Like

2 comments