Dikuasakan oleh Blogger.

Memorial Residen British Pertama Perak

By 6:22 PTG , ,


Dibina dengan tujuan untuk memperingati James Wheeler Woodford Birch mati dibunuh pada 2 November 1875.
  
Menara peringatan Birch dibina pada tahun 1909. Ia merupakan sebahagian daripada produk Jejak Warisan Perak yang terdapat di Ipoh. Menara ini dibina bertujuan untuk memperingati James Wheeler Woodford Birch ataupun JWW Birch yang mati dibunuh oleh Dato’ Maharajalela dan pengikutnya di Pasir Salak.


Menara Peringatan Birch merupakan menara jam yang berbentuk 4 segi. Ia dibina oleh pihak British dengan kos sekitar RM25,000. Menara ini turut dihiasi dengan ilustrasi unik yang menggambarkan perkembangan tamadun manusia. Ia boleh dilihat dengan jelas pada bahagian tengah setiap segi menara tersebut.


Selain jam, menara ini juga mempunyai sebuah loceng utama dan empat loceng kecil. Setiap satunya mengeluarkan bunyi yang menarik. Di setiap penjuru bahagian loceng utama pula terdapat patung Terracotta yang menjadi simbolik empat unsur nilai pentadbiran British – Ketaatan, keadilan, ketabahan dan kesabaran.


Menara peringatan Birch berada di dalam taman kecil yang dihiasi dengan bunga. Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Negeri Perak. Mudah diakses untuk dilawati kerana ia berada di tengah-tengah Bandar Ipoh. Sesiapa sahaja pasti akan tertarik untuk mendekatinya kerana ia mencetus rasa ingin tahu terhadap kewujudannya.


EKSTRA
JWW Birch Residen British pertama yang menetap di Perak. Dia bertugas sebagai penasihat kerajaan Sultan Perak.

Ilustrasi yang dilukis pada menara peringatan Birch ini menggambarkan 44 orang tokoh sejarah dunia.

Tiada bayaran dikenakan pada sesiapa yang mahu melawat atau mendekati menara peringatan ini. 

You Might Also Like

0 comments