Dikuasakan oleh Blogger.

Tunai, Debit Dan Kredit?

By 12:22 PTG , , ,















Metode tunai, debit dan kredit memainkan peranan penting yang membantu sesiapa sahaja untuk melangsungkan hidup ketika mengembara di negara orang.

Instrumen
Penting untuk mengetahui metode manakah yang praktikal untuk dibawa ketika menjelajah dunia. Setiap satunya mampu membantu memudahkan segala hal yang berkaitan dengan urusan pengembaraan. Namun, setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh yang demikian, justifikasi perlu dibuat untuk menentukan instrumen jual beli manakah yang harus diutamakan ketika mengembara kerana ketiga-ketiganya juga penting.   

Tunai
Kelebihan: Penting membawa tunai ke mana-mana kerana ia adalah instrumen jual beli yang paling utama digunakan di serata dunia. Namun, anda perlu peka pada kadar tukaran semasa agar dapat menjustifikasikan perbelanjaan dengan baik ketika berada di negara orang.  

Kekurangan: Mereka yang menggunakan tunai biasanya berdepan dengan masalah kadar pertukaran yang tidak stabil. Tidak kira sama ada di negara sendiri atau di negara yang dikunjungi. Di samping itu, anda juga cenderung berdepan dengan masalah keputusan tunai jika tidak bijak menguruskan perbelanjaan dengan baik.


Kad Debit
Kelebihan: Membawa dan mengeluarkan wang melalui mesin ATM ketika berada di negara orang membantu anda mendapatkan kadar tukaran yang hebat. Malah, kebarangkalian berdepan dengan masalah keputusan wang juga sukar kerana mesin ATM boleh ditemui dengan mudah di mana-mana sahaja negara yang dikunjungi.

Kekurangan: Memaklumkan bank yang mengeluarkan kad debit perlu dilakukan terlebih dahulu agar akses untuk menggunakannya di luar negara dapat dilakukan. Cas tertentu akan dikenakan jika anda memerlukan perkhidmatan tersebut. Jika tidak, anda gagal menggunakannya walaupun cuba mengeluarkannya di cawangan yang sama.  


Kad Kredit
Kelebihan: Sangat membantu kerana ia memudahkan dalam banyak hal terutamanya yang melibatkan perkhidmatan atas talian seperti menempah hotel, membeli tiket kapal terbang dan mendapatkan kereta sewa. Malah, ia juga mampu membantu jika anda berdepan dengan kemalangan atau masalah keputusan tunai.   

Kekurangan: Anda cenderung berbelanja sesuka hati dan terbeban dengan hutang sepanjang hayat jika gagal menguruskannya dengan baik. Di samping itu, anda juga terdedah dengan cas yang tinggi dari semasa ke semasa jika lewat melangsaikan jumlah wang yang telah digunakan.

You Might Also Like

0 comments