Apa itu Pocket Shower? Kenapa ia mesti dimasukkan ke dalam senarai barangan keperluan mengembara?
Pocket Shower sebenarnya adalah sejenis
produk sejenis produk inovatif yang praktikal dan membantu. Ia mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk
mandi ketika melakukan aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkhemah ataupun
bermain pantai.
Produk keluaran Sea To Summit ini pada dasarnya sama
dengan dry bag yang ada di pasaran. Tak kira, sama ada dari segi material
mahupun saiznya. Bezanya, ia mempunyai kepala paip shower pada bahagian
bawahnya.
Cara menggunakan Pocket Shower mudah. Anda hanya perlu
memasukkan air sehingga penuh dan gantungkannya di tempat tinggi dalam
jarak sekurang-kurangnya 20 kaki. Kemudian, laraskan kepala paipnya untuk mendapatkan pancuran air yang sempurna.
Pocket Shower yang didatangkan dengan wayar sepanjang 20
kaki, Delrin Ring dan beg kecil ini mampu menampung sebanyak 10 liter air untuk
mandian selama lebih kurang lapan 7 minit.
Kegunaan Pocket Shower tak terhad pada mandian sahaja. Dalam
masa yang sama, ia juga boleh digunakan untuk membawa pakaian dan melindungi
peralatan elektrik daripada terkena air.
About the Author
Seorang penulis yang gemar mengembara, menikmati keindahan alam semula jadi dan mengenal budaya masyarakat dunia.
0 comments