Dikuasakan oleh Blogger.

Taman 200 Patung

By 9:00 PG , , ,


Buddha Park adalah taman istimewa dengan 200 ukiran patung yang menjadi satu daripada tarikan pelancongan terkenal di Laos. 

Budhha Park yang terletak 25 kilometer dari bandar Vientiane menampilkan ukiran patung gabungan antara agama Buddha dan Hindu.


Taman ini merupakan tarikan pelancongan unik yang mesti dikunjungi kerana setiap ukiran yang ada mempunyai cerita dan imej tersendiri.

Ukiran yang dipamerkan melambangkan simbolik pelbagai  bentuk ciptaan seperti manusia, dewa, haiwan dan syaitan. 


Menuju ke tapak yang dibina pada tahun 1958 di Laos ini tidak sukar kerana terdapat pelbagai mod kenderaan yang menyediakan perkhidmatan seperti Tuk Tuk.

Dianggarkan, lebih kurang sejam masa diperlukan untuk sampai ke Buddha Park dari bandar Vientiane dengan menaiki Tuk Tuk. 


Caj yang dikenakan sekitar Lao Kip 300,000 (RM 150) untuk sebuah Tuk Tuk dengan muatan maksimum 5 orang.

Untuk memasuki Buddha Park pula, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Lao Kip 5,000 (RM 2.50) dan Lao Kip 3,000 (RM 1.50) untuk kamera yang dibawa. 

Jangan lepaskan peluang meninjau keseluruhan tapak Buddha Park melalui ukiran berbentuk labu gergasi yang mempunyai tiga tingkat dengan nama dunia, syurga dan neraka. 

Ukiran ini boleh diniaki dengan memasuki pintu berbentuk mulut yang terdapat di bahagian hadapan sebelum tiba di kemuncaknya yang menawarkan rasa keterujaan. 


You Might Also Like

0 comments