Dikuasakan oleh Blogger.

Wilayah Hijau Vang Vieng

By 3:09 PG , ,


Empat jam melalui kawasan berbukit dengan selekoh yang memeningkan kepala, cita-cita menjejakkan kaki ke Vang Vieng akhirnya tercapai.

Jauh dan memenatkan tetapi pengalaman menuju ke Vang Vieng menyeronokkan kerana mata dijamu dengan kawasan perkampungan yang aman, hijau dan segar.

Perjalanan pergi LD (Lenjan Destinasi) ke Vang Vieng menggunakan perkhidmatan van yang memuatkan lebih kurang 15 penumpang dengan tambang Kip Lao 60,000 (RM 30,00).

Manakala untuk pulang semula ke Viantiane LD menaiki bas ekspress yang berharga Lao Kip 40,000 (RM 20). 

Daripada perbandingan yang dibuat, LD lebih suka menaiki bas ekspress kerana keadaan dan suasannya selesa. Cumanya, masa yang diambil sejam lebih lama berbanding menaiki van ataupun kereta.   




Vang Vieng pada dasarnya cuma sebuah wilayah yang mempunyai pekan koboi tetapi mempunyai kemudahan yang lebih kurang sama macam Vientiane. 

Pekan ini turut mempunyai rumah rehat, hotel, kelab malam dan restoran yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.   

Macam juga Viantiane, Vang Vieng mempunyai tarikan yang tersendiri. Bezanya tarikan Vang Vieng lebih ke arah alam semula jadi seperti sungai, gunung ganang dan hutan.
  
Antara tarikan pelancongannya yang popular ialah Blue Lagoon, Nom Sam River, Tham Nam Cave dan Tham Phu Kam Cave.

Ramai pelancong berkunjung ke tempat tersebut kerana tertarik dengan keindahan alam semula jadinya selain melibatkan diri dengan beberapa aktiviti yang popular seperti tubing, zip lining, berkayak, menaiki basikal, memanjat bukit dan bermandi-manda. 



Difahamkan, Vang Vieng juga menjadi hentian penting pada ramai pelancong yang mahu meneroka Luang Prabhang. 

Lebih menarik, majoriti pelancong yang berada di Vang Vieng adalah rakyat Korea Selatan. Jumlahnya banyak dan merangkumi pelbagai golongan termasuk orang tua dan kanak-kanak.  

Salah seorang pelancong yang dikenali sebagai Jung berkata, orang Korea berkunjung ke Vang Vieng kerana mereka terpengaruh dengan rancangan realiti TV bertajuk Ggotboda Cheongchuin.

Dalam rancangan terbitan tahun lalu itu, lima daripada 11 episodnya telah dirakamkan di Laos termasuk Vang Vieng. 

Dari situ, ramai yang meletakkan hajat untuk mengunjungi negara ini kerana tertarik dengan keindahan alam semula jadinya. 



Sepanjang berada di sana, LD hanya sempat meneroka Blue Lagoon sahaja. Semuanya disebabkan oleh masalah masa yang terhad. 

Walaupun sekadar menghabiskan 1 hari 1 malam tetapi sensasi yang diperoleh cukup memuaskan hati. 

Namun, kami merasa sedikit terkilan kerana tak dapat meneroka Luang Prabang yang berada di bahagian Utara Laos.

Mengikut kata penduduk di situ, kami memerlukan tambahan masa 5 jam perjalanan untuk sampai ke wilayah yang diwartakan oleh UNESCO sebagai pusat warisan dunia itu. 




You Might Also Like

0 comments