Dikuasakan oleh Blogger.

Penghujung Benua Asia

By 9:30 PG , , ,

Digelar sebagai Penghujung Benua Asia kerana kedudukan Tanjung Piai yang berada jauh di bahagian tanah paling selatan benua Asia.

Selain restoran yang menghidangkan pelbagai makanan laut, Tanjung Piai juga terkenal dengan hutan paya bakaunya yang indah dan masih belum tercemar. Ia merupakan satu daripada produk pelancongan yang terdapat di Johor.


Hutan paya bakau Tanjung Piau terletak di mukim Kukup yang berada di dalam daerah Pontian. Hutan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara kerana ia menjadi rumah pelbagai jenis flora dan fauna seperti bakau, nipah, kera, siamang, ular bakau, ketam dan ikan tembakul.


Bagi menghargai kecantikan dan keindahan semula jadinya, sebuah laluan yang diperbuat daripada kayu telah didirikan. Ia bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmatinya.


Di penghujung laluan kayu ini, terdapat sebuah pelantar khusus yang dibina sebagai mercu tanda pada Penghujung Benua Asia. Ia telah didirikan sekitar tahun 2001 oleh kerajaan negeri Johor.


Melalui platform yang terdapat di hutan paya bakau ini, orang ramai berpeluang melihat Singapura yang dipisahkan oleh Selat Melaka. Pemandangan menjadi lebih cantik dengan adanya kapal-kapal besar yang melalui kawasan tersebut.


INFO TAMBAHAN
  • Laluan kayu yang dibuat khusus untuk pengunjung mempunyai jarak lebih kurang 8 kilometer.

  • Pelbagai aktiviti seperti memancing dan berkhemah juga dibenarkan di dalam hutan paya bakau ini.

  • Hanya 30 minit masa yang diambil dari Pontian dan sejam lebih dari Johor Bahru untuk sampai ke Taman Negara ini.

  • Dianggarkan, terdapat lebih daripada 20 jenis spesis kayu bakau telah direkodkan tumbuh di sini.



You Might Also Like

2 comments