Dikuasakan oleh Blogger.

Taiwan Projek Makanan Halal

By 8:22 PG , ,




























Taiwan juga nampaknya tak ketinggalan mempromosikan makanan halal bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim berkunjung ke sana.

Dianggarkan, lebih daripada 51 buah restoran mesra Muslim telah tersedia di Taiwan buat masa ini. Jumlahnya diyakini akan bertambah dari semasa ke semasa. Majoriti restoran yang terdapat di Taiwan terletak di ibu kota negaranya iaitu Taipei.

Difahamkan, status halal ke atas makanan di setiap restoran telah diperakui oleh persatuan Islam di sana. Di samping itu, mereka juga bekerjasama dengan sahabat Muslim dari China yang berpengalaman bagi memastikan setiap makanan yang disediakan di setiap restoran menepati syariat Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis.  

Menurut ketua bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang, pihaknya memandang serius tentang penyediaan makanan halal di Taiwan. Mereka mahu menarik lebih ramai pelancong Muslim berkunjung ke negara mereka menjelang tahun hadapan.

“Kami menyasarkan lebih daripada 10,000 orang pelancong Muslim hadir ke Taiwan. Buat masa ini, jumlahnya masih berkurangan. Oleh yang demikian, kami komited menambah lebih banyak lagi jumlah restoran makanan halal pada masa akan datang,” tambahnya.

Di samping restoran dan makanan halal, kerajaan Taiwan juga giat menyediakan lebih banyak tempat bersolat di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sama ada di dalam ataupun luar Taipei.  



Contoh sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk minuman dan minuman Taiwan oleh Masjid Besar Taipei.  


You Might Also Like

0 comments