Dikuasakan oleh Blogger.

Asal Barang Jadi Wang

By 7:24 PTG , ,


Car Boot Sale yang menjadi amalan penduduk negara barat nampaknya mula menular ke negara kita lewat akhir-akhir ini.   

Car Boot Sale merupakan aktiviti perniagaan barangan terpakai yang menggunakan parkir sebagai tapak jualannya. Cara sebegini nampaknya semakin mendapat tempat dan menjadi aktiviti wajib di kalangan orang kita pada setiap hujung minggu.


Di Lembah Klang sahaja, lebih daripada 10 buah tapak jualan Car Boot Sale boleh ditemui pada hujung minggu. Salah satunya yang mendapat tempat dan sering dikunjungi oleh ramai ialah Car Boot Sale Kota Damansara.


Aktiviti Car Boot Sale ini dijalankan pada setiap hari Ahad di parkir kawasan kedai berhampiran Uptown Kota Damansara. Waktu operasinya bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Car Boot sale di sini agak unik dan berbeza kerana ia hanya membenarkan jualan barangan terpakai sahaja.


Dari pakaian sampailah ke permainan, semuanya ada dijual di sini. Harganya pula murah dan berpatutan dengan kondisi barangan. Siapa yang bernasib baik, pasti akan memperoleh barangan yang berkualiti tinggi dan jarang dipakai oleh empunyanya.


Salah seorang peniaganya iaitu Encik Shahir Basharuddin berkata, aktiviti jualan Car Boot Sale ini membantunya melupuskan banyak barangan lama yang dah tak digunakan lagi. Di samping itu, ia juga membantu menjana pendapatan tambahan walaupun jumlahnya tak seberapa.

"Hujung minggu saya terisi sejak mengikuti jualan Car Boot Sale di sini. Selain berniaga, saya juga dapat menambah kenalan baru sama ada di kalangan peniaga ataupun pelanggan. Ia merupakan satu aktiviti yang berfaedah dan patut dianjurkan lagi di tempat-tempat lain," tambahnya.


Bagi mereka yang gemar mencari barangan yang dah tak wujud ataupun istilahnya rare, Car Boot Sale Kota Damansara adalah jawapannya. Di sini, barangan seperti CD, DVD, kasut, koleksi permainan, jeans dan baju-t boleh didapati dengan mudah. Namun, harganya berbeza dengan barangan terpakai yang lain.

  
Perkataan 'Asal Barang Jadi Wang' nampaknya sesuai sini kerana apa sahaja yang dibawa dan ditawarkan kepada orang ramai mendatangkan pendapatan walaupun barangan yang dijual berada dalam kelompok terpakai.

INFO TAMBAHAN 

Barangan berbentuk makanan dan minuman tak dibenarkan dijual di Car Boot Sale Kota Damansara.

Hampir seribu pengunjung hadir ke Car Boot Sale Kota Damansara pada setiap minggu.

Terdapat lebih kurang 200 tapak jualan disediakan oleh pihak pengurusan.

Mereka yang berniaga mestilah meletakkan kereta beserta barangan jualan masing-masing di parkir yang telah ditetapkan sebagai tapak jualan.

Tawar menawar adalah perkara biasa dan seperti sebuah upcara wajib di kalangan penjual dan pembeli.

Bayaran sebanyak RM 10 dikenakan setakat ini ke atas peniaga yang menyertai Car Boot Sale Kota Damansara.

Barangan kaum wanita seperti baju, kasut dan tudung adalah antara jualan yang mendominasi Car Boot Sale Kota Damansara. 

You Might Also Like

2 comments