Dikuasakan oleh Blogger.

MIATS Konsep Muslim Friendly

By 9:51 PG , ,


Tourism Malaysia Selangor dengan Kerjasama pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Selangor, Islamic Tourism Center serta Yayasan Restu akan menganjurkan program pelancongan dan seni Islam iaitu Malaysia Islamic Arts and Tourism Souq (MIATS).

Program yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 September 2014 ini diadakan di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

MIATS yang berkonsepkan Muslim Friendly dilihat sebagai satu platform terbaik  dalam membantu para pengunjung untuk menggarap konsep pelancongan dan Islam melalui aktiviti yang dianjurkan. Dianggarkan, lebih kurang 80 ribu pengunjur akan hadir bagi memeriahkan program.

Antara acara menarik yang akan disediakan sepanjang berlangsungnya program ini ialah Pameran pelancongan Mesra Muslim, Forum Islam dan Pelancongan, Jualan Mega Bazaar, acara berbasikal iaitu Shah Alam City Ride, Majlis Sejuta Selawat dan Pameran Malaysia Islamic Contemporary Arts Tourism (MICAT).

Program selama ini empat hari ini akan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom. Ia akan disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan dan adinda Sultan Selangor YAM Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj.

Turut membantu menjayakannya ialah JAIS, Halal Development Centre, Darul Jenazah, PErsatuan Cina Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembangunan Nadi Malaysia, Persatuan Pencinta Jawi Selangor, Akademi Kaligrafi dan Jawi.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara yang akan berlangsung sempena musim cuti sekolah ini. 



You Might Also Like

0 comments