Dikuasakan oleh Blogger.

Black Echo Aset Pelancongan Vietnam

By 9:31 PG , ,


Sempit, gelap dan panas merupakan sifat Black Echo yang pernah menjadi markas penting Viet Cong sewaktu mempertahankan Vietnam daripada serangan Amerika.

Black Echo merupakan terowong yang dibina oleh Viet Cong ataupun tentera komunis Vietnam dari tahun 1959-1975. Ia digunakan sebagai markas rahsia yang membentuk strategi peperangan ketika negara tersebut berperang dengan Amerika.


 Dianggarkan, terdapat banyak terowong telah dibina di Vietnam semasa negara tersebut sedang hebat mempertahankan diri daripada dicerobohi Amerika. Majoritinya berada di bahagian Utara Vietnam iaitu Hanoi.







Dari Hanoi sampailah ke Ho Chin Minh City, hanya dua biji terowong sahaja yang ditemui. Manakala selebihnya masih menjadi rahsia. Malah, jumlah sebenar kewujudannya juga tak diketahui. Difahamkan, hanya Viet Cong sahaja yang mengetahui lokasi dan jumlah sebenar terowong tersebut.


Satu daripadanya yang popular dan menjadi tarikan pelancong ialah Cu Chi Tunnels. terowong ini terletak di dalam daerah Cu Chi yang berada di Ho Chin Minh City. Ia merupakan aset penting pelancongan Vietnam yang dijaga dengan baik sehingga ke hari ini.


Ramai pelancong dari serata dunia berkunjung ke sana semata-mata mahu menyaksikan sendiri misteri kewujudannya yang dilabel oleh tentera Amerika sebagai Black Echo kerana sifat-sifat yang dimiliki. 


  
INFO TAMBAHAN
Pelancong yang berminat melawat Cu Chi Tunnels dikenakan bayaran sebanyak VIETNAM DONG 220,000 (RM 30) termasuk tiket masuk dan tambang bas.

Chu Chi Tunnel  juga mempamerkan koleksi senjata apai jenis ringan dan berat, perangkap samar buatan Viet Cong serta bom peledak milik Amerika.

Cu Chi Tunnel yang dianggarkan sepanjang 121 kilometer terbahagi pada 2 bahagian iaitu Ben Dinh dan Ben Duoc.

Pelancong dibenarkan untuk memasuki dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam Black Echo yang terdapat di Cu Chi.

Vinh Moc Tunnels yang terletak di Quang Tri adalah sebuah lagi terowong yang turut dijadikan tarikan pelancongan di Vietnam.



You Might Also Like

0 comments