Dikuasakan oleh Blogger.

Uniknya Queen Street Mall

By 9:37 PTG , , ,

Jangan lupa singgah di Queen Street Mall jika berkunjung ke Brisbane kerana lokasi ini ada keunikannya yang tersendiri.

Queen Street Mall adalah kawasan membeli-belah yang menjadi tumpuan pejalan-pejalan kaki di Brisbane, Australia. Ia menempatkan lebih kurang 700 buah kedai pelbagai jenis barangan dan 6 buah pusat membeli-belah yang besar.


Kawasan yang dibuka pada tahun 1982 ini mempunyai keluasan sekitar 40,000 persegi. Ia terletak di antara George Street dan Edward Street di mana jauh jaraknya dianggarkan sekitar 500 meter.


Queen Street Mall adalah satu daripada lokasi menarik yang terdapat di Brisbane. Keunikan dan keistimewaannya dikatakan berjaya menarik lebih daripada 26 juta orang pelancong dalam jangka masa setahun.


Sesuai dengan sifatnya sebagai lokasi tumpuan orang ramai, pelbagai aktiviti sering diadakan di sepanjang laluan Queen Street Mall ini. Daripada kempen dan promosi, sampailah ke persembahan jalanan. Semuanya boleh ditemui di sini. Setiap satunya dilihat berjaya menambah lagi warna keunikan tempat ini. 


Queen Street Mall tak hanya berfungsi sebagai medan membeli belah sahaja. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan tempat persinggahan orang ramai untuk melepaskan lelah atau mengatur temu janji.


Kedudukannya yang strategik serta lengkap dengan kemudahan pengangkutan seperti keretapi bawah tanah, teksi, bas dan basikal awam menyebabkan Queen Street Mall menjadi tumpuan di kalangan orang ramai yang berkunjung ke ibu negeri Queensland ini.


INFO TAMBAHAN

1.    Papan tanda di sini semuanya mempunyai 5 jenis tulisan iaitu Arab, China, Jepun dan Korea.

2.    Pelbagai jenis cenderahati menarik yang melambangkan Australia boleh didapati di sini dengan harga yang murah.

3.    Muka Asia seperti Korea, Jepun, Cina, India, Melayu dan Arab mudah ditemui di sepanjang Queen Street Mall.

4.    Barangan seperti pakaian, kasut dan aksesori yang dijual di sini kebanyakannya adalah produk hasil tangan pereka fesyen Australia.

5.    Queen Street Mall menampilkan suasana yang menyenangkan walaupun tempat ini tak pernah sunyi daripada dikunjungi orang ramai.

You Might Also Like

0 comments