Orang ramai sedang membeli-belah di Pasar Borneo yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
TEKS & FOTO: MOHD HAZRIZAL HANAFIAH @ DRAGANDLOCK.BLOGSPOT.COM
Pasar Borneo Seri Kembangan boleh disifatkan sebagai salah satu produk pelancongan unik yang terdapat di Selangor kerana menawarkan hasil bumi dari Sabah dan Sarawak. Jika anda berasal dari negeri Di Bawah Bayu atau Bumi Kenyalang dan menetap di Lembah Klang yang rindukan makanan Borneo, Pasar Borneo berkenaan adalah lokasi wajib dikunjungi pada hujung minggu.
Seorang peniaga sedang membungkus sayur-sayuran yang dijual di gerainya di Pasar Borneo.
Namun, bagi orang semenanjung yang mahu mencuba kelainan produk hasil bumi Borneo, kedatangan mereka ke pasar yang terletak di Seri Kembangan itu juga amatlah dialu-alukan.
Salah sebuah gerainyang terdapat di Pasar Borneo dan menjual pelbagai produk dari Sabah mahupun Sarawak.
Pasar Borneo adalah idea daripada beberapa individu asal Sabah dan Sarawak yang sudah lama menetap di Semenanjung. Dek kerana rindu dan cintakan produk makanan negeri kelahiran masing-masing mereka langsung membukanya di negeri ini.
Laksa Sarawak turut dijual di Pasar Borneo.
Terletak di Jalan Jinma 7, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Pasar Borneo mula dibuka pada 9 April 2016 dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Min dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Kelupis.
Pelbagai jenis makanan termasuk buah-buah, sayur-sayuran dan produk lain yang dibawa khas dari Borneo boleh diperoleh di pasar itu antaranya ialah buah dabai, bambangan, durian isu, durian dalit atau isi merah, tarap, paku pakis, sayur midin, umbut kelapa sawit dan ulat sagu atau mulong.
Kopi Sarawak dan Sabah.
Tidak terkecuali makanan yang boleh dibawa pulang atau dinikmati terus dari sana seperti laksa Sarawak, mee kolok, cucur tarap, kelupis, kopi Tenom, kopi Sarawak, jeruk tuhau dan kek lapis Sarawak.
Lada hitam dan lada putih dari Sarawak juga ada dijual di pasar berkenaan.
Bagaimanapun, harga barangan yang ditawarkan terumanya buah-buah sedikit mahal berbanding membelinya sendiri di Borneo. Maklum sahajalah, kesemuanya dibawa terus dari sana dengan kontena. Sudah pasti kos pengangkutannya tinggi.
Buah tarap.
Bagi yang ingin berkunjung ke tempat ini anda boleh gunakan aplikasi Waze dengan menaip Pasar Borneo Seri Kembangan.
Buah dabai.
Pasar ini beroperasi pada setiap hari sabtu bermula dari jam 7 pagi hingga 11 pagi. Pastikan anda bertolak awal untuk ke sana kerana waktu operasinya singkat dan tidak sampai satu hari.
OYO Townhouse Dalas merupakan hotel pertama syarikat berkenaan di AS.
Syarikat berkenaan cipta kejayaan penting dalam masa yang singkat kerana berjaya memiliki lebih 100 buah hotel di lebih 60 buah bandar.
OYO Hotels and Homes komited membelanjakan USD300 juta (RM1.3 bilion) sebagai pelaburan awal di Amerika Syarikat (AS) bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam industri hospitaliti. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ritesh Agarwal berkata, susulan itu syarikat berkenaan berjaya membuka sekurang-sekurangnya sebuah atau lebih hotel dalam sehari, sekali gus mencipta 4,000 peluang pekerjaan. "AS adalah pasaran baharu kami yang mempunyai potensi sangat besar. "Kami merasa teruja dengan pengingkatan pasaran dan kejayaan awal di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, OYO akan terus memacu peningkatan tersebut di seluruh AS dalam masa sama masih mengutamakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan mereka. OYO yang memasuki pasaran AS pada Jun lalu kini memiliki lebih 100 buah hotel dalam masa sebulan di 61 bandar utama termasuk Dallas, Houston, Los Angeles, Seatle dan Miami dan Atlanta. Sementara itu, di Malaysia syarikat berkenaan berjaya meluaskan empayar niaganya di 40 buah bandar, sekali gus menambah 10,000 bilik bagi memenuhi permintaan. Di samping, OYO turut menambah jumlah tetamunya sebanyak tiga kali ganda iaitu 755,500 pada setengah tahun ini berbanding 261,306 dalam tempoh sama pada tahun lalu. Difahamkan, permintaan memberangsangkan diterima OYO di Malaysia didorong oleh syarikat tempatan yang berterusan menawarkan nilai tambah kepada industri hospitaliti di negara ini. OYO Hotel and Homes yang memulakan perniagaan pada 2013 merupakan rangkaian hotel, rumah, tempat tinggal dan ruang kerja ketiga terbesar di dunia. Syarikat berkenaan mengendalikan portfolio hartaniah merangkumi lebih 23,000 hotel dan 125,000 inap percutian di 80 negara seluruh dunia termasuk Malaysia, India, AS Eropah, United Kingdom, Timur Tengah, Indonesia, Filipina dan Jepun.
Melalui jambatan kanopi di Taman Tasik Shah Alam mampu mencetus rasa teruja kepada sesiapa yang menggunakannya.
Bukan lagi tarikan baharu, namun jambatan kayu itu sentiasa menjadi perhatian kepada sesiapa yang berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam.
Hujung minggu tak tahu nak bawa anak-anak pergi ke mana? Jom, luangkan masa bersama mereka ke jambatan kanopi, satu lagi tarikan rekreasi seisi keluarga di Shah Alam.
Jambatan kanopi ini mempunyai panjang 147.6 meter dan tinggi 3 meter dari permukaan tanah.
Jambatan sepanjang 147.6 meter yang terletak di Taman Tasik Shah Alam itu dibina bagi menambah sensasi aktiviti riadah sedia ada, sekaligus menarik orang ramai untuk terus berkunjung ke tasik berkenaan.
Jambatan kanopi mula beroperasi pada 2018.
Biarpun telah berada di sana sejak 2018, namun jambatan berkenaan sentiasa menjadi perhatian ramai kerana keunikan dan fungsinya yang menawarkan pemandangan persekitaran tasik setinggi 3 meter dari permukaan tanah.
Jambatan kanopi mempunyai empat dek yang mana setiap satunya berfungsi sebagai tempat orang ramai melepaskan lelah seketika sambil menikmati pemandangan persekitaran tasik.
Salah satu dek yang terdapat di jambatan kanopi berkenaan.
Selain itu, kemudahan dibina dari kayu itu juga mempunyai tiga jambatan gantung yang memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman melaluinya dengan paras selamat.
Jambatan gantung sentiasa menjadi perhatian ibu bapa untuk membawa anak mereka merasai pengalaman menggunakannya.
Turut disediakan dua gelongsor plastik berbentuk tiub untuk kanak-kanak menuruni jambatan tersebut ke permukaan tanah tanpa menggunakan tangga. Malah, mereka juga boleh bermain di situ sementara menunggu ahli keluarga menghabiskan perjalanan melalui jambatan berkenaan.
Seorang kanak-kanak mencuba gelongsor plastik berbentuk tiub yang terdapat jambatan kanopi.
Di penghujung jambatan pula terdapat menara tinjau setinggi 6 meter dibina untuk orang ramai melihat dan menikmati keindahan pemandangan Tasik Shah Alam.
Orang ramai tidak melepaskan peluang menaiki menara tinjau yang berada di penghujung jambatan kanopi.
Menara itu terbahagi kepada dua tingkat yang mana setiap satunya menghadap ke tasik Shah Alam yang sentiasa sibuk dengan aktiviti kayak pada setiap petang, terutamanya Sabtu dan Ahad.
Tangga utama jambatan kanopi yang terletak di Taman Tasik Shah Alam.
Jambatan yang dibina oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkenaan hanya orang ramai yang menggunakannya menjaga dan memeliharanya dengan baik.
Jambatan kanopi dibina di antara pokok besar yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam.
Diharapkan orang ramai yang menggunakan jambatan kanopi dapat memanfaatkannya dengan baik supaya jambatan itu kekal berada di situ sampai bila-bila dengan kondisi yang sama sebagaimana ia baru dibina.
Papan tanda konkrit yang dibina berdekatan dengan tangga utama jambatan kanopi.
Papan tanda peraturan menggunakan jambatan kanopi yang dibina oleh MBSA.
Pengunjung mengabadikan memori menggunakan jambatan kanopi.