Kehidupan Mewah Suit Rosewood
![]() |
Las Ventanas al Paraiso, A Rosewood Resort - Los Cabos, Mexico |
Ingin merasai inapan suit mewah selama beberapa malam? Rosewood Hotel &
Spa ada jawapannya…
Jangan lepaskan peluang menikmati The Suite Life di 13 buah inapan terpilih Rosewood Hotel
& Spa yang ada di serata dunia. Ia merupakan sebuah kempen yang mengajak
dan membenarkan orang ramai untuk menikmati kemewahan sebenar menginap di dalam suit milik
hotel terkemuka dunia ini.
![]() |
Rosewood Hotel
Georgia - Vancouver, BC, Canada
|
The Suits Life terpakai di semua 13 hotel milik Rosewood yang
ada di 5 buah negara. Mereka yang membuat tempahan penginapan selama tiga malam
ataupun lebih berpeluang menikmati kredit resort sebanyak $500 dan kredit hotel
sebanyak $300. Namun, syarat ini hanya sah terpakai bermula dari 1 April
hingga 30 June 2015 sahaja.
![]() |
Rosewood Tucker’s Point - Bermuda
|
Rosewood Hotel & Spa menguruskan 20 buah pemilikan
harta mewah di 11 buah negara dengan 11 buah hotel baru yang sedang dibina.
Setiap satunya mempunyai standard jenama yang dikenali sebagai A Sense of
Place, falsafah yang berkait rapat dengan sejarah, budaya dan peribadi tempat
individu.
![]() |
Rosewood Beijing - China
|
Antara jenama hotel Rosewood yang terkenal ialah The Carlyle, A
Rosewood Hotel in New York, Rosewood Mansion on Turtle Creek in Dallas dan Hôtel de
Crillon, A Rosewood Hotel in Paris. Difahamkan, pengurusan Rosewood Hotels
& Resorts sedang menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 50 buah hotel pada tahun
2020 nanti.
Maklumat lanjut: rosewoodhotels.com
![]() |
Rosewood London - United Kingdom
|
0 comments