Dikuasakan oleh Blogger.

10 Aplikasi Terbaik Untuk Pengembara

By 8:00 PG ,


Aktiviti mengembara menjadi lebih mudah dan seronok dengan adanya aplikasi-aplikasi yang dibangunkan ini.

Memudahkan
Sama ada anda menggunakan telefon pintar ataupun tablet, jangan lupa memuat turun kesemua aplikasi ini melalui Google Play ataupun Apple Store. Ia dipercayai mampu membantu memudahkan lagi aktiviti kembara yang sedang dibuat. Di samping itu, setiap satunya juga membantu anda mempelajari atau mencerna sesuatu yang baru mengenai tempat orang lain melalui maklumat yang diperoleh.

All Currency Converter
Aplikasi ini menyediakan lebih kurang 151 kadar tukaran mata wang yang dikemas kini mengikut masa sebenar. Lengkap berserta kalkulator yang membantu membuat pengiraan dan perbandingan, All Currency Converter juga mempunyai tetapan yang boleh ditentukan sendiri oleh pengguna seperti bahasa, latar belakang dan lokasi. 

Prayer Times: Qibla & Azan
Boleh disifatkan sebagai satu daripada aplikasi mesra pengguna yang mesti dimuat turun. Paparannya cantik, difahami dan mudah digunakan. Prayer Times: Qibla & Azan yang diintegrasikan dengan GPS ini juga mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya ialah boleh ditetapkan secara manual dan mempunyai penggeranya sendiri.

Google Maps
Ringkas tapi praktikal dan mudah digunakan pada bila-bila masa serta di mana jua kembara dilakukan. Aplikasi milik Google ini meliputi merangkumi peta di lebih daripada 200 buah tempat yang ada di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, Google Maps juga menyediakan butiran lengkap hampir setiap tempat yang hendak dijejaki.

Zabihah
Disifatkan sebagai pangkalan data makanan halal terbesar dunia yang dimuatkan di dalam telefon pintar, Zabihah menyenaraikan ribuan restoran yang diiktiraf halal di serata dunia. Lengkap dengan peta dan jarak, aplikasi ini turut menyenaraikan tempat solat, masjid dan pasar yang ada di kawasan berhampiran. 

Hostelworld.com
Dengan adanya aplikasi, tempahan hotel boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Tak kira, sama ada sebelum ataupun dalam keadaan saat-saat akhir. Hostelworld.com menyediakan lebih kurang 30,000 buah hotel di 180 buah negara. Harganya biliknya pelbagai. Ada yang murah dan ada juga yang mahal.

Tripadvisor
Tripadvisor memberi beribu maklumat tentang hotel, produk pelancongan, restoran, pusat membeli-belah dan aktiviti di lokasi yang dikunjungi. Di samping itu, maklumat yang diberikan juga lengkap berserta dengan alamat dan respons daripada pengunjung.  

Wattpad
Aplikasi ini boleh disifatkan sebagai perpustakaan bergerak. Ia menempatkan jutaan tajuk buku untuk dibaca secara percuma. Wattpad membantu mengisi kekosongan dan kebosanan ketika berada di dalam kapal terbang ataupun tempat awam. Ia boleh diakses tanpa pada bila-bila masa tanpa menggunakan sambungan Internet.

Perfect World Clock
Aplikasi ini dapat mengesan waktu di lebih 20,000 tempat mengikut zon waktu masing-masing. Ia memudahkan dan membantu mengingatkan perbezaan waktu yang sedang berlaku antara negara sendiri dengan negara sendiri. Dengan adanya aplikasi ini juga, penetapan waktu mengikut tempat yang dikunjungi pada peranti tak perlu dilakukan.

Plane Finder
PlaneFinder merupakan aplikasi yang membantu pengembara menjejaki pesawat. Ia dipaparkan dalam masa sebenar yang menunjukkan sekali pergerakan pesawat dalam laluan destinasinya. Di samping itu, aplikasi ini turut memaparkan sekali maklumat mengenai pesawat seperti kelajuan, ketinggian, model dan jadual waktu penerbangan.

Easy Taxi
Easy Taxi menyediakan perkhidmatan teksi antarabangsa yang meliputi lebih daripada 120 buah bandar di 30 buah negara. Aplikasi ini mudah, cepat dan mesra pengguna. Dengan hanya menekan butang fungsi, teksi dengan pantas datang menjemput penumpang! 

You Might Also Like

0 comments