Dikuasakan oleh Blogger.

Vigilious Mountain Resort - Percutian Di Puncak Gunung

By 5:04 PTG , ,











Kedudukannya yang strategik dan jauh daripada hiruk-pikuk kota membantu menjadikan percutian impian lebih bermakna daripada sebelumnya.

Bersemayam tinggi pada kedudukan 1500 meter dari aras laut, Vigilious Mountain Resort adalah pusat peranginan mewah yang terletak di Lana, Itali. Ia menjanjikan ketenangan dan kedamaian yang diimpikan oleh setiap orang kerana jauh daripada aktiviti tengah bandar yang melemaskan.  


Pusat peranginan ini tidak menyediakan sebarang perkhidmatan bas ataupun teksi. Ia hanya menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk membawa naik dan turun pengunjungnya. Tidak lama, hanya beberapa minit diperlukan sebelum sampai ke pusat peranginan impian ramai ini.


Tidak ada kesesakan lalu lintas ataupun bunyi hon yang membingitkan. Malah, sambungan Wi-Fi juga tidak disediakan di sini. Yang ada hanya kesunyian, tompok-tompok awan, semilir dan gunung-ganang Dolomites sahaja. Setiap satunya setia menjadi peneman kepada mereka yang berkunjung ke hotel bertaraf lima bintang ini.


Vigilius Mountain Resort mempunyai lebih kurang 41 buah bilik yang terdiri daripada Superior, Deluxe dan Suites. Semua biliknya itu menerapkan kepentingan alam semula jadi dengan menjadikan kayu, tanah liat dan kain linen sebagai elemen utama pembinaannya. 

Reka bentuk dan konsepnya tidak menonjol tetapi memberikan keselesaan dalam kemewahan. Ia sesuai untuk mereka yang berada dalam tempoh bulan madu ataupun sedang mengasingkan diri kerana mahu ketenangan selepas berperang dengan bebanan kerja yang berat.  



EKSTRA
Dolomites merupakan rangkaian gunung di timur laut Itali yang membentuk pergunungan Alps Bahagian Selatan. Ia terkenal di kalangan pelancong kerana menjadi tapak sukan ekstrem popular seperti skii, hiking, climbing, bungee jumping, base jumping dan paragliding. 

You Might Also Like

0 comments