Dikuasakan oleh Blogger.

Ikon Baru Cameron Highlands

By 8:00 PTG , ,


Selain strawberi, sayur dan teh, lavender juga nampaknya tak terkecuali daripada mencipta populariti sebagai tanaman ikon Cameron Highlands.   

Cameron Lavender merupakan tarikan terbaru yang hangat diperkatakan di kalangan pelancong tempatan. Ia merupakan taman yang mendedahkan dan memperkenalkan orang ramai pada tanaman lavender. Biarpun masih lagi baru tetapi popularitinya semakin meningkat naik dan menyaingi tanaman ikon Cameron Highlands yang lain. 


Taman yang dibina pada tahun 2013 ini terletak di Tringkap. Kedudukannya taklah begitu jauh jika memasuki Cameron melalui Simpang Pulai. Malah, ia lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan laluan lama yang bermula dari Tapah. Namun, semuanya bergantung pada individu itu tersendiri untuk mengikuti laluan mana.


Cameron Lavender tak hanya menawarkan tanaman lavender semata-mata. Dalam masa yang sama, ia juga menampilkan sekali beberapa jenis tanaman lain seperti gerbera, camellia, mawar, peony dan yellow daisy. Namun, lavender lebih memonopoli kerana kedudukannya berada bahagian tengah taman.


Taman ini dibahagikan pada 2 buah laluan. Satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Mereka yang masuk akan melalui laluan kiri, manakala mereka yang keluar akan melalui laluan kanan. Di bahagian tengahnya pula tertanam beberapa jenis lavender yang terdiri daripada warna ungu, kuning dan merah hati.


Di laluan kirinya terdapat pelbagai tarikan yang terdiri daripada gerai ais krim, gerai foto, kereta, kunci cinta, rumah kecil dan ukiran patung. Di laluan kanannya pula terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti makanan ringan, permainan, madu lebah, sayur-sayuran dan strawberi.


Cameron Lavender mengenakan bayaran masuk yang berpatutan, RM 5 untuk orang dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Ia dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, kecuali pada hari Jumaat hingga Ahad. Waktu operasinya dilanjutkan lagi sehingga jam 7 malam. 

You Might Also Like

0 comments