Dikuasakan oleh Blogger.

Hainan Airlines Praktik Tenaga Bersih

By 2:00 PTG , ,


Hainan Airlines mengumumkan telah menggunakan bahan bakar bio ke atas sebuah pesawatnya bagi merealisasikan penggunaan tenaga bersih di dalam industri penerbangan di China.

Baru-baru ini, Hainan Airlines telah menggunakan tenaga bersih sebagai bahan bakar sebuah daripada pesawatnya iaitu Boeing 737-800. Pesawat tersebut yang membuat penerbangan daripada Shanghai ke Beijing dilaporkan telah menggunakan bahan bakar bio yang dibuat hasil daripada minyak masak terbuang di restoran. 

Difahamkan, pesawat dengan 100 orang penumpang itu berjaya mengurangkan kadar pengeluaran karbon dioksida sebanyak 50 hingga 80 peratus selepas menggunakan bahan bakar tersebut. Malah, ia juga tidak memberi sebarang kesan ke atas enjin pesawat sewaktu penerbangan dilakukan.

Pu Ming, Timbalan Presiden yang juga juruterbang Hainan Airlines berkata, “Penerbangan yang dilakukan lancar seperti biasa. Ia tidak berbeza dengan bahan bakar tradisional yang digunakan oleh pesawat selama ini. Selepas kosnya menurun nanti kami akan gunakan bahan bakar tersebut pada setiap pesawat yang kami miliki.” 

Bahan bakar bio dihasilkan daripada sumber yang boleh digunakan kembali seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak masak terbuang dan lemak haiwan. Ia bagus untuk membantu mengurangkan pencemaran udara. Malangnya, bahan ini mempunyai kos yang tinggi berbanding bahan bakar tradisional.

Di China, penggunaan bahan bakar bio bukan lagi baru di dalam industri penerbangan. Ia pernah diuji oleh beberapa buah syarikat penerbangan lain seperti Air China ke atas pesawat Boeing 747-400 pada tahun 2001 dan China Eastern Airlines ke a atas pesawatnya Airbus A320 pada tahun 2013.

EKSTRA
Hainan Airlines merupakan satu daripada lapan syarikat penerbangan Asia yang diiktiraf lima bintang perkhidmatannya oleh Skytrex. 

You Might Also Like

0 comments