Dikuasakan oleh Blogger.

Panorama Unik Alila Jadal Akhbar

By 3:00 PTG , ,


Cerun dan gaung yang dianggap sunyi dan ngeri selama ini telah dieksploitasi menjadi sebuah tapak wisata yang unik dan menakjubkan di Alila Jabal Akhdar.

Alila Jabal Akhbar merupakan hotel terbaru yang diperkenalkan oleh Alila Hotel and Resorts di Oman. Hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai pemandangan luar biasa kerana kedudukannya berada di atas gunung dan dikelilingi oleh cerun dan curam.  Kedengaran menakutkan tetapi ia menakjubkan kerana Alila berjaya mengeksploitasi tempat tersebut sebagai sebuah idea untuk melepaskan lelah dan mencari kedamaian.


Jabal Akhdar merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di Oman. Ia berada 2000 meter dari aras laut. Kawasan ini merupakan satu dari kawasan eksotik yang terdapat di negara Timur Tengah. Kedudukannya yang tinggi dan jauh dari pusat pentadbiran menghindar kesesakan dan hiruk pikuk kota. Namun, ia merupakan gerbang percutian yang sempurna untuk mencari damai.


Binaan hotel Alila Jabal Akhdar berteraskan pada prinsip keharmonian alam sekitar yang bertujuan menjaga kecantikan dan keindahan alam semula jadinya. Ia dibangunkan berasaskan idea seni reka tradisional Oman yang menjadikan batu dan kayu keras sebagai elemen utama pembinaannya.


Dekorasi hotel ini unik dan eksotik kerana teraspirasi daripada pembinaan kubu zaman silam yang ditata dengan barang perhiasan tembaga dan bunga mawar berwarna merah jambu. Di persekitaran hotelnya pula tersusun tanaman ikon timur tengah yang terkenal iaitu kurma dan delima.  


Hotel yang baru sahaja diperkenalkan ini meraikan tetamunya dengan 78 buah bilik Suites yang terbahagi pada enam jenis iaitu Mountain View, Ridge View, Loft View, Horizon View, Jabal Terace dan Jabal Villa. Setiap satunya mempunyai inspirasi dan struktur binaan yang beza-beza mengikut harga dan lokasinya. Namun, semuanya mempunyai satu karakter yang sama iaitu mewah dan menyenangkan.

You Might Also Like

0 comments