Dikuasakan oleh Blogger.

Seni Hias Laman Orang Asal

By 5:45 PTG , ,


Hasil manupulasi teras kayu dan barangan terbuang, maka wujudlah hiasan laman yang indah dan menarik perhatian mata.

Teruja mata sewaktu mengunjungi perkampungan orang asal Kampung Bukit Kepong di Port Dickson, Negeri Sembilan. Rata-rata halaman rumah mereka dihiasi dengan hasil tangan yang sukar ditemui di tempat lain. 


Nampak ringkas tetapi menarik perhatian kerana hasil tangan ini adalah manipulasi teras kayu daripada hutan dan barangan terbuang seperti botol, tempurung kelapa dan kulit telur. Ia telah digubah serupa tumbuhan hiasan sebenar untuk tujuan mengindahkan lagi halaman rumah penduduknya.



Hasil tangan ini kemudiannya diwarnakan mengikut kreativiti penggubahnya agar ia kelihatan ceria dan segar sepanjang masa. Di samping itu, setiap gubahan juga dibentuk dan disusun rapi agar menjadi seperti sebuah taman mini.


Encik Atan, salah seorang penduduk Kampung Bukit Kepong yang aktif menghasilkan banyak hasil seni tangan ini berkata, apa yang dihasilkan ini merupakan minatnya. Dia mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan sesebuah gubahan.


"Saya buat semua ini sebab minat di samping mahu mencantikkan halaman rumah. Saya tak jual hiasan tangan ini. Ada juga orang yang mahu membelinya dengan harga yang tinggi tetapi saya tolak sebab saya sayang dengan apa yang telah dihasilkan," tambahnya.


Sekurang-kurangnya satu ataupun dua hiasan sebegini boleh ditemui di setiap rumah di Kampung Bukit Kepong yang kini telah dipromosikan sebagai satu daripada produk pelancongan Negeri Sembilan.


Orang ramai yang berminat melihat sendiri hasil tangan tersebut bolehlah berkunjung ke mari. Penduduk di sini semuanya ramah tamah. Mereka dah biasa menerima kunjungan orang luar untuk melihat keunikan hiasan seni laman rumah mereka. 


EKSTRA

Kampung Bukit Kepong hanya didiami oleh 178 orang penduduk yang terdiri daripada orang asal suku Temuan. 

70% penduduk di sini melakukan kerja di dalam sektor pertanian, manakala selebihnya berkerja di dalam sektor perhotelan di sekitar Port Dickson. 

Sejak dulu lagi, penduduk kampung ini memang suka menghiasi halaman rumah mereka dengan pokok bunga terutamanya orkid. 

You Might Also Like

0 comments