Dikuasakan oleh Blogger.

Kehidupan Mewah Suit Rosewood

By 3:24 PTG , ,


Las Ventanas al Paraiso, A Rosewood Resort - Los Cabos, Mexico

Ingin merasai inapan suit mewah selama beberapa malam? Rosewood Hotel & Spa ada jawapannya… 

Jangan lepaskan peluang menikmati The Suite Life di 13 buah inapan terpilih Rosewood Hotel & Spa yang ada di serata dunia. Ia merupakan sebuah kempen yang mengajak dan membenarkan orang ramai untuk menikmati  kemewahan sebenar menginap di dalam suit milik hotel terkemuka dunia ini.

Rosewood Hotel Georgia - Vancouver, BC, Canada
The Suits Life terpakai di semua 13 hotel milik Rosewood yang ada di 5 buah negara. Mereka yang membuat tempahan penginapan selama tiga malam ataupun lebih berpeluang menikmati kredit resort sebanyak $500 dan kredit hotel sebanyak $300. Namun, syarat ini hanya sah terpakai bermula dari 1 April hingga 30 June 2015 sahaja.

Rosewood Tucker’s Point - Bermuda
Rosewood Hotel & Spa menguruskan 20 buah pemilikan harta mewah di 11 buah negara dengan 11 buah hotel baru yang sedang dibina. Setiap satunya mempunyai standard jenama yang dikenali sebagai A Sense of Place, falsafah yang berkait rapat dengan sejarah, budaya dan peribadi tempat individu.

Rosewood Beijing - China 
Antara jenama hotel Rosewood yang terkenal ialah The Carlyle, A Rosewood Hotel in New York, Rosewood Mansion on Turtle Creek in Dallas dan Hôtel de Crillon, A Rosewood Hotel in Paris. Difahamkan, pengurusan Rosewood Hotels & Resorts sedang menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 50 buah hotel pada tahun 2020 nanti.

Maklumat lanjut: rosewoodhotels.com

Rosewood London - United Kingdom

You Might Also Like

0 comments