Umpama Tentera Bergajah...
By LENJAN DESTINASI 12:30 PG Ao Nang, Destinasi, Gajah, KrabiCuaca yang tak begitu mengizinkan dengan hujan sepanjang hari menyebabkan LD memilih untuk mengikuti aktiviti bergajah di Khao Phanompenja berbanding terikat dengan aktiviti laut.
Pada
mulanya, LD malas nak mengikuti aktiviti bergajah ini sebab lebih teruja dengan
laut. Namun, luar musim yang menyaksikan lebih banyak hujan ketika berada di
Krabi, Thailand ini menyebabkan LD akur mengikuti kawan-kawan yang lain untuk
menyertai aktiviti bergajah.
Dengan
hanya BHT 1000 (RM 100), LD bersama kawan-kawan mendapatkan perkhidmatan
tersebut menerusi kenalan baru iaitu Muhammad yang menguruskan Krabi Local Tour
agensi.
Aktiviti
bergajah yang LD ikuti terletak di sebuah ladang kelapa sawit bernama Khao
Phanompenja. Kedudukannya tidak jauh dari pekan Ao Nang. Hanya beberapa minit
sahaja masa diambil untuk sampai ke tempat tersebut yang jaraknya lebih kurang
5 kilometer.
Sesampai
di Khao Phanompenja, rasa teruja mula menyelubungi selepas melihat beberapa
ekor gajah. Maklum sahajalah, selama ini LD hanya tengok gajah dalam gambar
sahaja. Rasa macam tak percaya pula bila dapat melihat dan memegang haiwan
bersaiz gergasi yang terkenal di Thailand ini secara langsung.
Aktiviti
bergajah LD di Khao Phanompenja dimulakan dengan pesrembahan ala-ala sarkis daripada
anak gajah berusia 6 tahun. Selepas lebih kurang 15 minit menyaksikannya
melakukan aksi yang menarik seperti memainkan harmonika dan menari, LD dan
kawan-kawan yang lain diajak pula mengikuti aktiviti menaiki gajah.
Aktivi
yang dikenali dengan nama Elephant Trekking ini mengambil masa lebih kurang
sejam. Ia melibatkan laluan pelbagai permukaan
sejauh 1 kilometer. Umpama tentera bergajah, LD dan kawan-kawan berjalan
berkumpulan merentasi laluan off road, kampung dan sebatang anak sungai sebelum
menamatkan aktiviti.
Lebih
kurang 6 ekor gajah digunakan untuk membawa LD dan kawan-kawan yang lain. Semua
gajah tersebut adalah ahli keluarga yang terdiri daripada atuk, ayah, emak dan
anak. LD difahamkan, gajah-gajah ini berusia dari 16 hingga 60 tahun. Semuanya
telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun di tempat ini. Setiap satunya jinak
dan juga yang manja dengan pengunjung.
Tak
puas rasanya sebab aktiviti ini memang menyeronokkan walaupun pada mulanya pelbagai
rasa bermain di dalam hati LD sama ada nak menyertai Elephant Trekking ini
ataupun sekadar duduk menyaksikan kawan-kawan yang lain.
INFO TAMBAHAN
Kem
gajah Khao Phanompenja ini beroprasi pada setiap hari bermula dari jam 9 pagi
hingga 6 petang.
Terdapat
lebih kurang 10 ekor gajah semuanya berada di kem Khao Phanompenja tetapi hanya
6 ekor sahaja yang digunakan untuk mengangkut pengunjung.
Di
Khao Phaompenja juga terdapat beberapa buah chalet yang disewakan khusus kepada
pengunjung.
Pengunjung
yang menjejakkan kaki ke sini juga dibenarkan bermesra dan memberi gajah yang
ada makan.