Dikuasakan oleh Blogger.

Belenggu Raja Hantu Wet World

By 9:26 PG , , ,


Tak ada lagi tawa riang kanak-kanak bermain air bersama keluarga masing-masing. Yang ada hanyalah jeritan orang ramai kerana ketakutan akibat belenggu oleh Raja Hantu dan konco-konconya...

Wet World nampaknya juga tak terkecuali menukar wajahnya menjadi rumah hantu sempena meyambut Halloween yang bakal tiba tak lama lagi. Sehubungan itu, Taman tema ini telah merubah wajahnya menjadi taman tema berhantu. 


'Halloween Escape' adalah tema yang digunakan oleh Wet World untuk meraikan Halloween. Pengunjung yang hadir ke sana diajak memainkan permainan yang menduga minda untuk melepaskan diri daripada dibelenggu oleh Raja Hantu.


Di samping itu, mereka juga didedahkan dengan suasana yang menyeramkan dan menggangu emosi, selaras dengan perayaan Halloween itu sendiri yang begitu sinonim dengan hantu.   


'Helloween Escape' menampilkan beberapa tarikan yang mengujakan seperti Terrifying Mist Water Show, Haunted House Escape, Mini Cabana Escape Games dan Halloween Photopass. Tema ini dingerikan lagi dengan kehadiran hantu-hantu pelbagai watak yang berkeliaran mengganggu emosi pengunjung.


Mereka yang berminat merasai pengalaman 'Halloween Escape' bolehlah berkunjung ke taman tema air terkenal yang berada di Shah Alam ini. Ia sedang hebat berlangsung dari 4 hingga 31 Oktober 2014. 


Tiket boleh didapatkan di pintu masuk dengan harga RM 38 seorang. Waktu operasinya terhad, hanya 3 hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 7.30 petang hingga 12 malam. 

You Might Also Like

0 comments