Dikuasakan oleh Blogger.

Umpama Tentera Bergajah...

By 12:30 PG , , ,


Cuaca yang tak begitu mengizinkan dengan hujan sepanjang hari menyebabkan LD memilih untuk mengikuti aktiviti bergajah di Khao Phanompenja berbanding terikat dengan aktiviti laut.

Pada mulanya, LD malas nak mengikuti aktiviti bergajah ini sebab lebih teruja dengan laut. Namun, luar musim yang menyaksikan lebih banyak hujan ketika berada di Krabi, Thailand ini menyebabkan LD akur mengikuti kawan-kawan yang lain untuk menyertai aktiviti bergajah.


Dengan hanya BHT 1000 (RM 100), LD bersama kawan-kawan mendapatkan perkhidmatan tersebut menerusi kenalan baru iaitu Muhammad yang menguruskan Krabi Local Tour agensi.


Aktiviti bergajah yang LD ikuti terletak di sebuah ladang kelapa sawit bernama Khao Phanompenja. Kedudukannya tidak jauh dari pekan Ao Nang. Hanya beberapa minit sahaja masa diambil untuk sampai ke tempat tersebut yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer.


Sesampai di Khao Phanompenja, rasa teruja mula menyelubungi selepas melihat beberapa ekor gajah. Maklum sahajalah, selama ini LD hanya tengok gajah dalam gambar sahaja. Rasa macam tak percaya pula bila dapat melihat dan memegang haiwan bersaiz gergasi yang terkenal di Thailand ini secara langsung.


Aktiviti bergajah LD di Khao Phanompenja dimulakan dengan pesrembahan ala-ala sarkis daripada anak gajah berusia 6 tahun. Selepas lebih kurang 15 minit menyaksikannya melakukan aksi yang menarik seperti memainkan harmonika dan menari, LD dan kawan-kawan yang lain diajak pula mengikuti aktiviti menaiki gajah.


Aktivi yang dikenali dengan nama Elephant Trekking ini mengambil masa lebih kurang sejam. Ia melibatkan laluan pelbagai permukaan  sejauh 1 kilometer. Umpama tentera bergajah, LD dan kawan-kawan berjalan berkumpulan merentasi laluan off road, kampung dan sebatang anak sungai sebelum menamatkan aktiviti.


Lebih kurang 6 ekor gajah digunakan untuk membawa LD dan kawan-kawan yang lain. Semua gajah tersebut adalah ahli keluarga yang terdiri daripada atuk, ayah, emak dan anak. LD difahamkan, gajah-gajah ini berusia dari 16 hingga 60 tahun. Semuanya telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun di tempat ini. Setiap satunya jinak dan juga yang manja dengan pengunjung.


Tak puas rasanya sebab aktiviti ini memang menyeronokkan walaupun pada mulanya pelbagai rasa bermain di dalam hati LD sama ada nak menyertai Elephant Trekking ini ataupun sekadar duduk menyaksikan kawan-kawan yang lain.  

  
INFO TAMBAHAN

Kem gajah Khao Phanompenja ini beroprasi pada setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Terdapat lebih kurang 10 ekor gajah semuanya berada di kem Khao Phanompenja tetapi hanya 6 ekor sahaja yang digunakan untuk mengangkut pengunjung.

Di Khao Phaompenja juga terdapat beberapa buah chalet yang disewakan khusus kepada pengunjung.

Pengunjung yang menjejakkan kaki ke sini juga dibenarkan bermesra dan memberi gajah yang ada makan.

You Might Also Like

0 comments