Snorkeling Santai Krabi
Snorkeling merupakan satu
daripada aktiviti yang mesti dilakukan sewaktu mengikuti Island Hoping di Krabi.
Lawatan
LD ke Krabi, Thailand sempat dipenuhi dengan aktiviti snorkeling di sekitar
Pulau Phi Phi. Menyeronokkan walaupun cuaca pada ketika itu tak begitu cantik
untuk melakukan aktiviti tersebut dalam jangka waktu yang lama.
Snorkeling
adalah satu daripada aktiviti yang ditawarkan dalam aktiviti Island Hoping di
Krabi. Ia membenarkan pengunjung melihat sendiri keindahan sebenar alam marin
yang terdapat di sana.
Salah
satu lokasi menarik yang menjadi pusat snorkeling ialah Pileh Bay. Di sini,
pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri keindahan dasar marinnya yang dihiasi
dengan batu besar dan ikan berwarna-warni.
Berbeza
dengan negara kita, marin di Pileh Bay tidak mempunyai batu karang. Namun,
persekitarannya cantik kerana formasi batu kapur yang terdapat di kiri dan
kanannya. Begitu juga dengan warna airnya. Ia jernih dan menyegarkan badan.
Walau
bagaimanapun, lokasi snorkeling di sini agak dalam. Ia dianggarkan berukuran 2
meter. Manakala ombaknya pula agak garang. Siapa yang tak mempunyai kekuatan dinasihatkan
agar duduk sahaja di dalam bot. Kalau teringin juga nak mencuba, pastikan anda
ditemani oleh rakan.
INFO TAMBAHAN
Sebanyak
BHT 1600 (RM 160) seorang dikenakan untuk mengikuti Island Hoping yang membawa
pengunjung mengelilingi Phi Phi Island.
Bayaran
yang dikenakan termasuk sekali dengan makan tengah hari di Phi Phi Don, satu
daripada 2 pulau yang terdapat di Phi Phi Island.
Antara
lokasi lain yang dimuatkan di dalam Island Hoping ini ialah mengunjungi Bamboo
Island, Monkey Bay, Viking Bay dan Maya Bay.
Pengunjung
yang mengikuti aktiviti Island Hoping ini dibawa dengan bot laju yang mampu memuatkan
lebih kurang 20 orang penumpang.
Mereka
yang berminat mengikuti Island Hoping ini dinasihatkan mengunjungi Krabi
sewaktu musim kemuncak iaitu pada bulan November hingga Mei.
Satu
hari masa diperuntukan untuk melakukan Island Hoping yang melibatkan aktiviti
snorkeling, mandi-manda dan menikmati keindahan semula jadi pulau-pulau di
Krabi.
Lebih kurang sejam masa diambil dari pantai Ao Nang, Krabi menuju ke destinasi snorkeling.
2 comments