Dikuasakan oleh Blogger.

WADAH SENI JALANAN 1: LAMAN SENI 2

By 11:42 PTG , ,




Wadah seni jalanan yang dihasilkan mampu merangsang otak untuk berfikir kerana setiap satunya lengkap berserta dengan mesej.

Sengaja LD (Lenjan Destinasi) mengetengahkan balik lokasi ini walaupun tahu ia telah popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya penduduk Shah Alam. Tujuannya adalah untuk  mendekatkan lagi dengan orang ramai, sekali gus menghargai perojek yang disokong oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia dan Pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Laman Seni Seksyen 2 terletak di lot rumah kedai seksyen 2 Shah Alam, Selangor, sama kawasan dengan medan selera Seksyen 2. Jaraknya tak jauh dari Kampus utama UiTM Shah Alam. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk sampai ke sini.


Tempat ini pada awalnya tak pernah diendahkan oleh sesiapa kerana ia menjadi tempat pengumpulan sampah dan rumah kucing. Namun, hasil inisitif MBSA, Bank Muamalat Malaysia dan pelajar-pelajar FSSR, ia telah bertukar menjadi lokasi berpotensi sebagai produk pelancongan Selangor.


Laman Seni Seksyen 2 menampilkan lebih 10 karya mural ataupun grafiti. Setiap satunya mewakili gambaran dan ekspresi karyawan terhadap apa sahaja subjek yang menarik minat mereka. Namun, majoritinya dekat dengan kehidupan seharian masyarakat Shah Alam khususnya penduduk seksyen 2 itu sendiri.


Antara karya seni yang dihasilkan di sini ialah bas mini berwarna biru yang sinonim dengan pelajar-pelajar ITM suatu masa dulu, kedai gambar, Masjid Biru, pelajar sekolah, bilik darjah 3D dan seksyen 2 itu sendiri yang menjadi medan penting perkumpulan mahasiswa UiTM.  


Dalam banyak-banyak hasil seni yang tercoret, LD tertarik dengan lukisan abstrak yang memaparkan motif wajah manusia. Ia menarik kerana ditata dengan pelbagai warna yang secara tak langsung menceriakan lagi tempat tersebut.


Laman Seni 2 sekadar berada di atas tapak sepanjang 100 meter. Walaupun pendek, namun ia mencetus inspirasi. LD harap, semua rakyat Malaysia khususnya penduduk Shah Alam dapat menjaga tempat ini dengan baik, sekali gus menghormati dan menghargai karya-karya anak Malaysia.


INFO TAMBAHAN

Lebih kurang RM 20,000 disumbangkan oleh Bank Muamalat Malaysia untuk merealisasikan projek Laman Seni 2.

Tampat ini pernah menjadi lokasi penggambaran sampul album mini kedua grup lelaki Kpop Korea yang popular iaitu GOT7. 

Projek ini dijalankan adalah untuk menggesa orang ramai agar sama-sama menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya yang bersih dan bebas daripada masalah vandalisme.

Tak ada sebarang bayaran masuk dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang berminat melawat ke Laman Seni 2 ini.

Babak Pendekar Bujang Lapok yang menampilkan Sudin, Aziz, Ramli dan Pendekar Mustar turut menghiasi dinding lorong belakang Seksyen 2. 

You Might Also Like

0 comments