RM 3 Sehari, 2 Destinasi Setahun
Dengan hanya
mendisiplinkan diri menabung secara berdikit-dikit, anda mampu menikmati
percutian yang diidamkan.
Percaya
atau tak, dengan hanya menabung sehari RM3 LenjanDestinasi dapat mengembara
sebanyak 2 kali setahun. Walaupun sekadar bercuti di sekitar Asia Tenggara,
sekurang-kurangnya LD berjaya menjejakkan kaki dan menikmati keindahan tempat
orang.
Rahsia
ini LD telah amalkannya sejak 3 tahun yang lalu. Dengan hanya menabung RM3
sehari, LD berjaya mengunjungi Bali, Batam, Jakarta, Manila, Phnom Penh,
Sihanouk Ville, Siem Reap, Singapura, Ho Chin Minh dan Krabi.
Jika
dicongak jumlahnya dalam tempoh setahun, LD berjaya membuat tabungan
sekurang-kurangnya RM 1095. Jika dibahagikan pada 2, sebanyak RM 547.50 berjaya
diselamatkan.
Kalau
ikutkan, jumlah tersebut masih lagi tak mencukupi untuk mengembara ke negara
orang. Namun, wang tersebut pastinya menyelamatkan keadaan jika ia digunakan
untuk melengkapkan kekurangan.
Itulah
sebenarnya formula LD... Tabungan yang dibuat sebenarnya hanya untuk menampung
kekurangan. Sekurang-kurangnya, LD berjaya mendapatkan sebuah bilik untuk
percutian selama 4 hari 3 malam ataupun tiket penerbangan pergi balik ke
mana-mana destinasi yang ada di Asia Tenggara.
LD
hanya perlu tambah RM 500 lagi hanya untuk keperluan menerusi bajet mengembara
yang telah digazetkan dalam perbelanjaan tahunan. Kalau tak buat macam ini,
mungkin hanya sekali sahaja setahun LD dapat tengok negara orang.
Di
samping RM3 sehari, LD juga tak lupa untuk menabung duit syiling. Memang perit
untuk menunggu tabung penuh. Namun, lebih kurang RM30 hingga RM 40 dapat
dijimatkan dalam tempoh sebulan. Kalau 6 bulan, tak banyak jumlahnya?
Sebagai
seorang backpacker, LD rasa formula tersebut sangat sesuai dilaksanakan. Tak
tahulah pula orang lain. Maklum sahajalah, lain orang lain caranya. LD cuma
mahu berkongsi rahsia dan formula sahaja. Terpulang pada anda semua sama ada
nak mencuba atau mencebikkan bibir sahaja...
TAMBAHAN
Formula
dan rahsia yang LD kongsikan ini memerlukan disipilin dan kesabaran yang
tinggi.
Kalau
mahukan negara yang lebih jauh, mungkin anda boleh menambah tabungan dengan
menyimpan sehari RM 5 ataupun RM 10.
Duit
yang terkumpul mungkin boleh digunakan untuk kepentingan lain jika anda tak berkesempatan
untuk mengambara.
Asingkan
duit tabungan tadi dalam akaun simpanan alternatif yang hanya digunakan untuk
tujuan kecemasan sahaja.
Rajinkan
diri dengan merekod jumlah tabungan tadi secara bulanan agar anda tak gatal
tangan menggunakannya untuk tujuan lain.
Formula
ini LD peroleh daripada seorang rakan dari Jepun yang telah mengamalkannya
sejak sekian lama.
2 comments