Dikuasakan oleh Blogger.

Primat Kota Melawati

By 11:57 PTG , , , ,


Leka dengan telatah penghuni Kota Melawati sehingga lupa menjejaki beberapa tempat menarik yang sepatutnya menjadi objektif kunjungan ke Kota Melawati yang terletak di Selangor.

Pernah beberapa kali mengunjungi Kota Melawati yang terletak Kuala Selangor sebelum ini tetapi rasanya tak seperti baru-baru ini. Hati nampaknya lebih tertarik kepada golongan primat yang menghuni tempat ini berbanding alam semula jadi dan kesan tinggalan sejarah yang ada di sana.


Terdapat dua golongan primat yang menghuni kota bersejarah ini. Satu adalah kera biasa yang mudah ditemui di mana tempat di negara kita, manakala satu lagi adalah lotong kelabu yang jarang dilihat.


Kesemua primat ini bebas berkeliaran di Kota Melawati. Masing-masing menunggu simpati pelancong yang hadir untuk memberi mereka makan. Macam-macam telatah dapat disaksikan di sini. Ada yang nakal dan ada juga yang baik.


Namun, hati lebih tertarik dengan lotong kelabu. Golongan primat ini jinak dan mudah dirapati. Malah, mereka juga tak berkelakuan agresif walaupun dibelai. Lagaknya seperti berpegang pada satu falsafah yang patut dicontohi iaitu aman dan damai.


Lain pula halnya dengan kera yang ada di sini. Selain agresif, mereka juga bercakaran sesama sendiri. Malah, gemar merampas makanan sama ada yang berada di tangan pelancong ataupun di tangan lotong kelabu.


Primat-primat ini bagaimanapun hidup harmoni sesama sendiri. Tak hairanlah kalau ramai pengunjung yang hadir ke Kota Melawati ini lebih memberi tumpuan kepada dua jenis haiwan ini.


You Might Also Like

2 comments