Uniknya Queen Street Mall
By LENJAN DESTINASI 9:37 PTG Australia, Brisbane, Destinasi, Queen Street Mall
Jangan lupa singgah di Queen Street Mall jika berkunjung ke Brisbane kerana
lokasi ini ada keunikannya yang tersendiri.
Queen Street Mall adalah kawasan membeli-belah yang
menjadi tumpuan pejalan-pejalan kaki di Brisbane, Australia. Ia menempatkan
lebih kurang 700 buah kedai pelbagai jenis barangan dan 6 buah pusat
membeli-belah yang besar.
Kawasan yang dibuka pada tahun 1982 ini mempunyai
keluasan sekitar 40,000 persegi. Ia terletak di antara George Street dan Edward
Street di mana jauh jaraknya dianggarkan sekitar 500 meter.
Queen Street Mall adalah satu daripada lokasi menarik
yang terdapat di Brisbane. Keunikan dan keistimewaannya dikatakan berjaya
menarik lebih daripada 26 juta orang pelancong dalam jangka masa setahun.
Sesuai dengan sifatnya sebagai lokasi tumpuan orang
ramai, pelbagai aktiviti sering diadakan di sepanjang laluan Queen Street Mall
ini. Daripada kempen dan promosi, sampailah ke persembahan jalanan. Semuanya
boleh ditemui di sini. Setiap satunya dilihat berjaya menambah lagi warna
keunikan tempat ini.
Queen Street Mall tak hanya berfungsi sebagai medan
membeli belah sahaja. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan tempat
persinggahan orang ramai untuk melepaskan lelah atau mengatur temu janji.
Kedudukannya yang strategik serta lengkap dengan
kemudahan pengangkutan seperti keretapi bawah tanah, teksi, bas dan basikal
awam menyebabkan Queen Street Mall menjadi tumpuan di kalangan orang ramai yang berkunjung ke ibu negeri Queensland ini.
INFO TAMBAHAN
1. Papan tanda di sini semuanya mempunyai 5 jenis tulisan iaitu Arab, China,
Jepun dan Korea.
2. Pelbagai jenis cenderahati menarik yang melambangkan Australia boleh
didapati di sini dengan harga yang murah.
3. Muka Asia seperti Korea, Jepun, Cina, India, Melayu dan Arab mudah ditemui
di sepanjang Queen Street Mall.
4. Barangan seperti pakaian, kasut dan aksesori yang dijual di sini
kebanyakannya adalah produk hasil tangan pereka fesyen Australia.
5. Queen Street Mall menampilkan suasana yang menyenangkan walaupun tempat ini
tak pernah sunyi daripada dikunjungi orang ramai.
You Might Also Like
Seni Mengembara Patut Tahu
By LENJAN DESTINASI 12:57 PG Idea, Mengembara, Tip
Tip-tip ini diyakini mampu
membantu kerana setiap satunya adalah sebahagian daripada asas seni
mengembara. Tak kira, sama ada anda mengembara secara solo ataupun berkumpulan.
1.Jangan
lipat, sebaliknya gulung pakaian anda agar ia memberi ruang yang lebih pada beg
yang dibawa.
2.Cuba
minimumkan pakaian yang dibawa dan jangan terlalu obses dengan diri sendiri kerana kunjungan anda ke sesuatu tempat itu
bukan sebab nak jadi model.
3.Rajinkan
tangan dengan membasuh sendiri baju di dalam bilik hotel atau menggunakan
perkhidmatan dobi yang disediakan.
4.Sentiasa
gunakan perkhidmatan kenderaan awam kerana ia murah dan mampu menjimatkan
penggunaan wang ketika berada di negara orang.
5.Kurangkan
selfie sebaliknya belajarlah mengambil gambar panorama yang menarik sementara
berada di tempat orang.
6.Sentiasa
mengambil tahu di mana pejabat duta negara berada kerana ia mampu membantu jika
anda mengalami masalah di tempat orang.
7.Elakkan
mencari hotel yang berada jauh dari kawasan bandar dan tempat perkumpulan orang
ramai.
8.Jangan
berhubung dengan individu yang tak dikenali melalui laman sosial kelak ia akan
menjerat anda sesampainya ke destinasi.
9.Berbaiklah
dengan orang tempatan terutamanya mereka yang bekerja di restoran atau hotel
kerana ia akan menguntungkan anda dalam banyak hal.
10.Cukup
sekadar membeli cendera hati sebagai kenang-kenangan berbanding membeli-belah
sakan sehingga wang yang dibawa menjadi susut.
11.Buat
sedikit penyelidikan tentang undang-undang negara yang mahu dikunjungi. Maklum
sahajalah, lain negara lain cara pentadbirannya.
12.Sentiasa
beringat, anda mengembara adalah kerana mahu meneroka keindahan bumi orang dan
bukan sebab nak cari fasal serta tunjuk lagak siapa lebih hebat.
You Might Also Like
Pasar Dalam Sungai
By LENJAN DESTINASI 9:00 PG Floating Market, Momen, Sungai Mekong, VietnamYou Might Also Like
Kayuhan Santai Shah Alam
By LENJAN DESTINASI 10:47 PTG Berita, MIATS, Shah Alam
Selain menyihatkan
badan, Shah Alam City Ride juga bertujuan mempromosikan tempat menarik dan bangunan
ikonik yang terdapat di sekitar Shah Alam.
Shah
Alam City Ride telah dilangsungkan pada hari Sabtu, 20 Oktober 2014. Program
ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Malaysia Islamic Artis & Tourism
Souq (MIATS) yang berlangsung di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam
dari 18 hingga 21 Oktober 2014.
Shah
Alam City Ride bukan pertandingan yang mencari juara. Sebaliknya, ia merupakan
acara berbasikal santai yang bertujuan membawa pesertanya meneroka dan melihat
beberapa produk pelancongan yang terdapat di Shah Alam di samping menggalakkan
orang ramai bersikap proaktif terhadap aktiviti rekreasi.
Acara
yang bermula sekitar jam 8.30 pagi ini memberi tumpuan pada dua buah laluan
yang berbeza iaitu laluan pendek dan laluan panjang. Laluan pendek melibatkan
kayuhan sejauh 6.5 kilometer. Manakala laluan panjang pula melibatkan kayuhan
sejauh 20 kilometer.
Peserta
yang mendaftar di bawah laluan pendek dibawa bersiar-siar ke Masjid Biru dan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Manakala peserta yang mendaftar di bawah laluan panjang pula dibawa menjelajah
ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam Royale Theater, Laman Seni 7, Taman Tema
Air Wet World dan Muzium Negeri Shah Alam.
Dianggarkan,
lebih kurang 700 orang peserta yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak
ikut serta mengambil bahagian dalam acara santai yang menyeronokkan dan
menambah pegetahuan ini.
Shah
Alam City Ride dilepaskan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dengan
disaksikan oleh Pengurus Besar Tourism
Selangor iaitu Puan Noorul Ashikin Mohd Din. Acara selama lebih kurang dua jam
ini bermula di Dataran Kemerdekaan dan berakhir di Kompleks Taman Seni Islam
Selangor, Shah Alam.
Datuk Abdul Latiff Mirasa, Puan Noorul Ashikin Mohd Din dan Encik Libra Lee bersama pemenang pertama cabutan bertuah Shah Alam City Ride. |
Turut
hadir memeriahkan acara Shah Alam City Ride ini ialah Encik Libra Lee, Pengarah Tourism Malaysia
Selangor dan YBhg. Datuk Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi Yayasan Restu.
You Might Also Like
Digelar sebagai Penghujung
Benua Asia kerana kedudukan Tanjung Piai yang berada jauh di bahagian tanah paling
selatan benua Asia.
Selain
restoran yang menghidangkan pelbagai makanan laut, Tanjung Piai juga terkenal
dengan hutan paya bakaunya yang indah dan masih belum tercemar. Ia merupakan
satu daripada produk pelancongan yang terdapat di Johor.
Hutan
paya bakau Tanjung Piau terletak di mukim Kukup yang berada di dalam daerah
Pontian. Hutan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara kerana ia menjadi
rumah pelbagai jenis flora dan fauna seperti bakau, nipah, kera, siamang, ular bakau, ketam dan ikan
tembakul.
Bagi
menghargai kecantikan dan keindahan semula jadinya, sebuah laluan yang diperbuat
daripada kayu telah didirikan. Ia bertujuan memberi peluang kepada orang ramai
untuk menikmatinya.
Di
penghujung laluan kayu ini, terdapat sebuah pelantar khusus yang dibina sebagai
mercu tanda pada Penghujung Benua Asia. Ia telah didirikan sekitar tahun 2001
oleh kerajaan negeri Johor.
Melalui
platform yang terdapat di hutan paya bakau ini, orang ramai berpeluang melihat Singapura
yang dipisahkan oleh Selat Melaka. Pemandangan menjadi lebih cantik dengan
adanya kapal-kapal besar yang melalui kawasan tersebut.
INFO
TAMBAHAN
- Laluan kayu yang dibuat khusus untuk pengunjung mempunyai jarak lebih kurang 8 kilometer.
- Pelbagai aktiviti seperti memancing dan berkhemah juga dibenarkan di dalam hutan paya bakau ini.
- Hanya 30 minit masa yang diambil dari Pontian dan sejam lebih dari Johor Bahru untuk sampai ke Taman Negara ini.
- Dianggarkan, terdapat lebih daripada 20 jenis spesis kayu bakau telah direkodkan tumbuh di sini.
You Might Also Like
Masjid Biru
By LENJAN DESTINASI 10:35 PTG Masjid Biru, Momen, Shah Alam
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz siap dibina sepenuhnya pada tahun 1988. Ia diiktiraf sebagai masjid kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta. Masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru di kalangan pelancong ini mempunyai ciri-ciri seni bina yang menarik dan hiasan yang menakjubkan. Ia merupakan satu daripada mercu tanda penting yang menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke Shah Alam, Selangor.
You Might Also Like
Orang Vietnam
By LENJAN DESTINASI 12:38 PG Destinasi, Ho Chin Minh, Vietnam
Berbadan kecil dan
berkulit putih adalah karakter utama yang ada pada setiap orang Vietnam.
Bukan
tempat sahaja yang menarik, malah orang Vietnam juga menarik. Mereka semua
peramah dan tak lokek dengan senyuman.Tak cukup dengan itu, mereka juga sedia membantu sekiranya pertolongan diperlukan.
Berada
di Ho Chin Minh City selama beberapa hari sempat memerhati gelagat dan gaya
hidup penduduknya. Majoritinya sederhana, tak kira sama ada dari segi pakaian,
makanan ataupun tempat tinggal. Hidup mereka tak keterlaluan walaupun tinggal
di ibu kota yang sedang pesat membangun.
Sebagai
sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong, penduduk di Vietnam majoritinya
menjalankan aktiviti pernigaan. Ada yang menjual makanan dan ada juga yang menjual
pakaian. Hampir keseluruhan tempat yang dikunjungi penuh dengan aktiviti perniagaan.
Skalanya juga berbeza-beza. Ada yang besar dan ada juga yang kecil.
Menurut
salah seorang penduduknya, di Vietnam pekerjaan bukan satu masalah. Cumanya
pendapatan mereka tak sebesar yang dijangka. Namun, mereka gembira dengan apa
yang ada. Malah, mereka juga senang bekerja di tempat sendiri berbanding
berhijrah ke negara orang.
Penduduk
Vietnam aktif melakukan aktiviti reakreasi. Taman-taman mereka sentiasa dipenuhi
dengan orang. Bermacam-macam aktiviti dilakukan. Senang cerita, mereka tak
duduk diam memabazirkan masa begitu sahaja. Antara aktiviti yang dilihat sering
dilakukan ialah bermain sepak yem ataupun sepak bulu ayam.
Rakyat
Vietnam hidup berdisipilin dan patriotik hasil daripada didikan komunis. Mereka
menjaga negara mereka dengan baik walaupun tak semoden Malaysia. Bukan memuji tapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada pemerhatian
selama beberapa hari tinggal di negara tersebut.
INFO TAMBAHAN
Vietnam
adalah satu daripada 5 negara komunis yang masih lagi memakai dan menjalankan sistem
sosialis di dunia.
Walaupun
diperintah oleh kerajaan komunis, namun sistem ekonomi negara ini cenderung ke
arah kapitalis.
Kadar
pendapatan minimum rakyat Vietnam ialah sekitar VND 3,283,653.493 (RM 500) sebulan.
You Might Also Like
Taman Tema Berpuaka!
By LENJAN DESTINASI 7:14 PTG Berita, Sunway LagoonSunway Lagoon yang menjanjikan keseronokan dan keriangan sebelum ini bakal bertukar menjadi teman tema berpuaka yang seram dan menakutkan!
Tiada lagi operasi pada waktu pagi... Sebaliknya, hanya operasi pada waktu malam sahaja yang ditawarkan. Di samping itu, Sunway Lagoon juga bakal berubah wajah sepenuhnya menjadi taman tema berpuaka yang menempatkan puluhan jenis hantu dan zombie.
Selain mencetuskan keunikan dan kelainan yang mewujudkan sensasi seram tahap maksimum, kesemua tarikan yang ada juga dijangka akan menguji keberanian orang ramai yang mengunjungi
Nights of Fright 2: Festival of Fear.
You Might Also Like
5 Kebaikan dan Keburukan Tuk Tuk
By LENJAN DESTINASI 2:00 PTG Cambodia, Idea, Tuk TukMenaiki Tuk Tuk ketika berada di Cambodia memang satu pengalaman yang menyeronokan tapi jika tak kena pada caranya Tuk Tuk sebenarnya menyusahkan.
Tuk merupakan pengangkutan unik yang pernah ada di Cambodia. Sifatnya yang ringkas dan mudah menyebabkan ramai pelancong memilih menaikinya untuk bersiar-siar ataupun menuju ke destinasi yang dimahukan. Namun, menaiki Tuk Tuk ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri sehingga adakalanya ia menyusahkan penumpang.
Kebaikan
1. Tuk Tuk cepat dan mudah serta boleh melalalui banyak laluan sukar yang tak boleh diakses oleh bas dan teksi.
2. Tuk Tuk sedia membawa penumpang ke kawasan tarikan pelancong yang ada di sekitar Phnom Penh, Siem Reap, Batambang ataupun Sihanouk Ville.
3. Pemandu akan menunggu penumpang selagi dalam tempoh sewaan walaupun terpaksa menunggu berjam-jam lamanya di sesebuah tempat.
4. Harganya murah, sekitar USD 20 (RM 60) untuk tempoh sewaan selama 8 jam bermula dari pagi hingga petang.
5. Menaiki Tuk Tuk memudahkan penumpang melihat pemandangan dan merakamkan momen menarik di sepanjang jalan.
1. Tak sesuai dinaiki ketika hari hujan kerana penumpang pasti akan basah walaupun Tuk Tuk mempunyai penutupnya.
2. Tuk Tuk mempunyai had muatannya yang tersendiri dan tak boleh membawa penumpang melebihi 5 orang.
3. Tuk Tuk tak sesuai untuk perjalanan jarak jauh antara bandar seperti dari Phnom Penh ke Siem Reap kerana ia adalah kenderaan ubah suai.
4. Pemandu biasanya akan menghalakan Tuk Tuk mengikut suka hatinya jika arahan yang diberikan oleh penumpang tak difahaminya.
5. Tuk Tuk terdedah pada kes ragut beg penumpang jika ia berada di atas jalan atau kawasan yang sesak seperti tengah bandar.
Tuk Tuk di Siem Reap kecil sedikit saiznya berbanding Tuk Tuk di Phnom Penh. |
You Might Also Like
BAKI DUTA KTO
By LENJAN DESTINASI 9:00 PG Baki Zainal, Berita, Duta, Korea
Dek kerana minat yang mendalam terhadap budaya popular Korea, Baki Zainal telah dipilih menjadi duta Korea Tourism Organization.
Pelantikan Baki Zainal sebagai duta telah dibuat oleh Korea Tourism Organization (KTO) sewaktu berlangsungnya K-Fest pada Ogos lalu di Pavilion, Kuala Lumpur. Pelantikan tersebut dipercayai berpunca daripada minatnya terhadap budaya popular Korea seperti muzik dan drama serta kecenderungannya mengikuti pelbagai jenis aktiviti berkaitan Korea yang dianjurkan di Malaysia.
Menurut Baki, dia sendiri tak menyangka akan pelantikan tersebut dan merasakan dirinya tak layak menjadi duta KTO di Malaysia. Namun, dia gembira dan bersyukur dengan pelantikan tersebut. "Pelantikan tersebut akan menyaksikan saya memainkan peranan penting dalam mempromosikan apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan budaya Korea seperti muzik, drama dan makanan di Malaysia," tambahnya.
Sehubungan itu, Baki dijadualkan akan bertolak ke negara K-Pop itu buat julung-julung kalinya pada November ini untuk mengikuti sebuah acara yang dianjurkan di sana. Difahamkan, Baki akan menyertai sebuah acara berbasikal mengelilingi pulau Jeju anjuran.
You Might Also Like
Tuk Tuk Patrol!
By LENJAN DESTINASI 9:00 PG Ao Nang, Krabi, Momen, Tuk TukMenaiki Tuk Tuk mengelilingi Ao Nang, Krabi selama 2 jam dengan bayaran sekitar THB 300 (RM 30) boleh disifatkan sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat melihat sisi sebenar kehidupan masyarakat di sana terutamanya yang tinggal di kawasan perkampungan.
You Might Also Like
Ao Nang Markas Pelancong Dunia
By LENJAN DESTINASI 5:37 PTG Ao Nang, Destinasi, Krabi, ThailandKedudukannya yang strategik menyebabkan Ao Nang menjadi markas penting pelancong-pelancong dari serata pelusuk yang berkunjung ke Krabi.
Ao Nang menrupakan pekan pelancongan yang terletak di daerah Mueang Krabi, Krabi. Kedudukannya di tepi pantai menyebabkan Ao Nang menjadi satu daripada puluhan tarikan pelancongan penting yang terdapat di Thailand.
Sebagai markas ataupun pusat tumpuan pelancong, Ao Nang dipenuhi dengan restoran, kelab malam, hotel, spa dan kedai yang menjual aneka jenis barang. Persekitarannya bersih dan cantik tetapi sibuk dengan aktiviti pelancongannya.
Ao Nang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi. Hanya 45 minit sahaja diperlukan untuk ke sampai ke sini. Tak terasa jauhnya kerana mata leka melihat keindahan kampung dan bukit batu kapur yang menghiasi kiri dan kanan jalan rayanya.
Difahamkan, ramai pelancong lebih suka memilih Ao Nang berbanding tinggal di bandar Krabi yang terletak lebih kurang 18 kilemeter dari Ao Nang. Semuanya disebabkan oleh kemudahan asas yang tersedia di sana selain menjadi laluan penting untuk berkunjung ke Pulau Phi Phi, Pulau Chicken dan Pulau Poda.
Bagi mereka yang beragama Islam, mengunjungi Ao Nang adalah satu idea yang bernas. Pekan ini banyak menyediakan makanan halal sama ada di restoran mahupun warung yang ada di kiri dan kanan jalan kerana majoriti penduduknya beragama Islam.
INFO TAMBAHAN
- Ao Nang terkenal dengan pancake berperisa pisang dan cokelat nutella serta mangga pulut yang dijual oleh peniaga di tepi jalan.
- Makanan di sini harganya tak banyak berbeza dengan harga makanan di negara kita walaupun Ringgit Malaysia lebih tinggi daripada Thailand Baht.
- Pelbagai barangan cendera hati seperti pakaian dan rantai kunci boleh diperoleh di Ao Nang dengan harga yang murah.
- Jangan lepaskan peluang mengikuti aktiviti island hoping dan elephant trekking jika berkunjung ke Ao Nang kerana ia menawarkan pengalaman baru yang memuaskan hati.
- Kebanyakan pakej aktiviti yang ditawarkan di sini murah. Harganya cuma sekitar THB 1000-1500 (RM 100-150) termasuk pengangkutan dan makan tengah hari.
- Ao Nang mempunyai dua buah pantai yang sentiasa menjadi tempat orang ramai berehat dan bermandi-manda iaitu Nopparat Thara dan Rai Leh.
Mereka yang baru mendirikan rumah tangga disarankan agar berbulan madu di Ao Nang, Krabi kerana ia menjanjikan banyak keseronakan yang sukar dilupakan. |