Dikuasakan oleh Blogger.

Taman Tema Berpuaka!

By 7:14 PTG ,


Sunway Lagoon yang menjanjikan keseronokan dan keriangan sebelum ini bakal bertukar menjadi teman tema berpuaka yang seram dan menakutkan!

Tiada lagi operasi pada waktu pagi... Sebaliknya, hanya operasi pada waktu malam sahaja yang ditawarkan. Di samping itu, Sunway Lagoon juga bakal berubah wajah sepenuhnya menjadi taman tema berpuaka yang menempatkan puluhan jenis hantu dan zombie.

Apa yang dilakukan oleh Sunway Lagoon ini sebenarnya cuma sebuah gimik sahaja. Ia bertujuan menyambut kedatangan Halloween yang bakal berlangsung pada bulan hadapan. Sehubungan itu, sebuah acara bernama Night of Fright 2: Festival of Fear telah diwujudkan agar rasa seram dan menakutkan dapat dikongsi bersama pengunjungnya.

Night of Fright 2: Festival of Fear yang juga kesinambungan daripada Night of Fright 2013 akan berlangsung selama 6 hari iaitu pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan 1 November, bermula dari jam 7.30 hingga 10.30 malam. Dianggarkan, lebih kurang 25 tarikan akan dibuka sepanjang berlangsungnya acara. Antaranya ialah Horrorwood Studio, Scream Coaster, Shanghai Street, Dead End: Abandoned Theme Park dan Escape from Pudu.

Selain mencetuskan keunikan dan kelainan yang mewujudkan sensasi seram tahap maksimum, kesemua tarikan yang ada juga dijangka akan menguji keberanian orang ramai yang mengunjungi
Nights of Fright 2: Festival of Fear.


You Might Also Like

0 comments