Dikuasakan oleh Blogger.

5 Kebaikan dan Keburukan Tuk Tuk

By 2:00 PTG , ,


Menaiki Tuk Tuk ketika berada di Cambodia memang satu pengalaman yang menyeronokan tapi jika tak kena pada caranya Tuk Tuk sebenarnya menyusahkan. 

Tuk merupakan pengangkutan unik yang pernah ada di Cambodia. Sifatnya yang ringkas dan mudah menyebabkan ramai pelancong memilih menaikinya untuk bersiar-siar ataupun menuju ke destinasi yang dimahukan. Namun, menaiki Tuk Tuk ada kelebihan dan keburukan yang tersendiri sehingga adakalanya ia menyusahkan penumpang. 

Kebaikan 

1. Tuk Tuk cepat dan mudah serta boleh melalalui banyak laluan sukar yang tak boleh diakses oleh bas dan teksi.

2. Tuk Tuk sedia membawa penumpang ke kawasan tarikan pelancong yang ada di sekitar Phnom Penh, Siem Reap, Batambang ataupun Sihanouk Ville.

3. Pemandu akan menunggu penumpang selagi dalam tempoh sewaan walaupun terpaksa menunggu berjam-jam lamanya di sesebuah tempat.

4. Harganya murah, sekitar USD 20 (RM 60) untuk tempoh sewaan selama 8 jam bermula dari pagi hingga petang.

5. Menaiki Tuk Tuk memudahkan penumpang melihat pemandangan dan merakamkan momen menarik di sepanjang jalan.


 Keburukan 

1. Tak sesuai dinaiki ketika hari hujan kerana penumpang pasti akan basah walaupun Tuk Tuk mempunyai penutupnya.

2. Tuk Tuk mempunyai had muatannya yang tersendiri dan tak boleh membawa penumpang melebihi 5 orang.

3. Tuk Tuk tak sesuai untuk perjalanan jarak jauh antara bandar seperti dari Phnom Penh ke Siem Reap kerana ia adalah kenderaan ubah suai.

4. Pemandu biasanya akan menghalakan Tuk Tuk mengikut suka hatinya jika arahan yang diberikan oleh penumpang tak difahaminya.

5. Tuk Tuk terdedah pada kes ragut beg penumpang jika ia berada di atas jalan atau kawasan yang sesak seperti tengah bandar.

Tuk Tuk di Siem Reap kecil sedikit saiznya berbanding Tuk Tuk di Phnom Penh. 

You Might Also Like

0 comments