Dikuasakan oleh Blogger.

10 Aplikasi Mesti Ada

By 10:53 PG , , ,

Semua aplikasi ini seharusnya sedia dimuat turun dan berada di dalam telefon bimbit pengembara kerana ia membantu dalam banyak hal. 


XE Currency
Memudahkan kerja-kerja mengira dan memeriksa kadar tukaran semasa mata wang negara yang sedang dikunjungi.

Weather Pro
Mengetahaui ramalan cuaca sesebuah detinasi yang mahu dituju agar aktiviti yang dirancang tak tergendala. 


Perfectt Wold Clock
Dapat mengetahui waktu sebenar dan perbezaan waktu antara destinasi yang dijejaki dengan negara sendiri.

Prayer Time: Qibla & Azan 
Membantu mereka yang beragama Islam untuk mendapatkan arah kiblat dan waktu solat ketika berada di luar negara.


Waze
Destinasi dan laluan yang tak diketahui ketika berada di negara orang dapat dijejaki dengan mudah dengan adanya aplikasi navigasi popular ini.

Hostel World
Dengan adanya aplikasi ini, masalah mendapatkan bilik akan terjawab kerana ia menyediakan puluhan ribu senarai hotel bajet yang ada di selutuh dunia.


WhatsAppMessenger
Selagi ada sambungan Wi-Fi, selagi itulah Whats App Messenger boleh digunakan walaupun berada jauh di luar negara.

Trip Advisor
Aplikasi ini membantu menyediakan pelbagai jenis  maklumat seperti hotel, restoran dan pusat peranginan terkenal dan menarik di seluruh dunia.  


Halal Food Finder
Merupakan direktori ringkas yang membantu menjejak restoran halal dan masjid ketika sedang berada di luar negara.


Google Translate
Masalah bahasa asing sekurang-kurangnya dapat diatasi jika aplikasi Google Translate sedia dimuat turun dan berada di dalam telefon pintar ketika sedang berada jauh di perantauan.

You Might Also Like

2 comments