Dikuasakan oleh Blogger.

BAKI DUTA KTO

By 9:00 PG , , ,



Dek kerana minat yang mendalam terhadap budaya popular Korea, Baki Zainal telah dipilih menjadi duta Korea Tourism Organization.

Pelantikan Baki Zainal sebagai duta telah dibuat oleh Korea Tourism Organization (KTO) sewaktu berlangsungnya K-Fest pada Ogos lalu di Pavilion, Kuala Lumpur. Pelantikan tersebut dipercayai berpunca daripada minatnya terhadap budaya popular Korea seperti muzik dan drama serta kecenderungannya mengikuti pelbagai jenis aktiviti berkaitan Korea yang dianjurkan di Malaysia.

Menurut Baki, dia sendiri tak menyangka akan pelantikan tersebut dan merasakan dirinya tak layak menjadi duta KTO di Malaysia. Namun, dia gembira dan bersyukur dengan pelantikan tersebut. "Pelantikan tersebut akan menyaksikan saya memainkan peranan penting dalam mempromosikan apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan budaya Korea seperti muzik, drama dan makanan di Malaysia," tambahnya.

Sehubungan itu, Baki dijadualkan akan bertolak ke negara K-Pop itu buat julung-julung kalinya pada November ini untuk mengikuti sebuah acara yang dianjurkan  di sana. Difahamkan, Baki akan menyertai sebuah acara berbasikal mengelilingi pulau Jeju anjuran. 

You Might Also Like

0 comments