Wilayah Orang Kaya Gold Coast
Mewah, cantik dan mempesonakan adalah identiti Marina Mirage yang terletak di sepanjang muara sungai Kota Metropolitan Gold Coast, Australia.
Marina Mirage boleh disifatkan sebagai Wilayah Orang Kaya Gold Coast. Ia penuh dengan deretan rumah mewah yang berharga jutaan Ringgit Malaysia. Sesiapa sahaja yang ke sana pasti akan teruja menyaksikan suasananya.
Di samping itu, mata juga asyik tertumpu pada aktiviti riadah penduduknya yang cenderung bermain jetski dan flyboard. Ada juga di antara mereka yang selesa bersiar-siar menaiki bot laju sepanjang muara sungai.
Greg Floyd, salah seorang penduduk di sana menjelaskan, Marina Mirage sering dikunjungi oleh ramai selebriti terkenal antarabangsa. Kebanyakannya ke sana kerana mahu merasakan sendiri pengalaman tinggal di hotel terkemuka yang ada di kiri dan kanan muara sungainya.
Info Tambahan
- Hotel milik Versace iaitu Palazzo Versace Hotel berada berhampiran dengan Marina Mirage Shopping centre.
- Marina Mirage Shopping Centre adalah pusat membeli belah persisiran pertama yang dibangunkan di Australia.
- Suasananya yang menarik juga menyebabkan Marina Mirage disenaraikan sebagai destinasi wajib kunjung ketika berada di Gold Coast.
- Kota Metropolitan keenam terbesar di Australia ini dinamakan sebagai Gold Coast kerana nilai hartanahnya yang tinggi.
0 comments